Berita Harian

Ejen penyewa agresif resahkan pengunjung

-

Port Dickson: Selain mencacatka­n pemandanga­n, kehadiran ‘ulat’ atau ejen penyewa kanopi di pantai Teluk Kemang di sini, turut menimbulka­n rasa kurang selesa kepada pengunjung pantai itu.

Malah, mereka juga didakwa menaikkan harga sewaan kanopi antara RM20 hingga RM30 daripada harga maksimum RM50 bagi mengaut keuntungan atas angin.

Ada pengunjung mendakwa sesetengah ejen turut berkelakua­n agresif sehingga meresahkan pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, M Ravi, berkata kewujudan ejen kanopi di kawasan pantai Teluk Kemang sudah berleluasa sejak beberapa tahun lalu namun tiada tindakan diambil.

“Sudah berulang kali saya menyuaraka­n isu ini kepada kerajaan negeri dulu tetapi perkara ini tidak pernah diberi perhatian. Ini menyebabka­n situasi ini menjadi semakin berleluasa,” katanya.

Ravi berkata, sikap agresif ditunjukka­n oleh ejen sewaan kanopi turut menjejaska­n reputasi pusat peranginan terkenal itu.

“Kita tidak mahu perkara ini berlarutan. Negara kita ada undang-undang. Namun, selepas negeri ini diambil alih kerajaan Pakatan Harapan, kita akan cuba untuk berbincang dengan semua pihak bagi kebaikan bersama.

“Menteri Besar juga sudah melakukan lawatan mengejut ke Pantai Teluk Kemang, baru-baru ini, dan bersetuju tindakan segera diambil bagi menjernihk­an keadaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia