Berita Harian

MB mahu MPPD ambil berat aduan orang awam

-

Seremban: Majlis Perbandara­n Port Dickson (MPPD) diarah mengawasi keadaan di Pantai Teluk Kemang berikutan menerima banyak aduan orang awam mengenai pemasangan kanopi.

Menteri Besar, Aminuddin Harun, berkata beliau tidak mahu tindakan memasang kanopi oleh pengusaha menjejaska­n hasrat pengunjung untuk menikmati pemandanga­n indah di kawasan itu.

Katanya, beliau menyedari isu yang berlaku di sekitar pantai itu sehingga meresahkan pengunjung.

“Saya menerima gambar daripada pelbagai pihak mengenai keadaan pantai ini, terutama suasana ketika hujung minggu.

“Saya juga bimbang dengan tahap kebersihan sepanjang Pantai Teluk Kemang dan akan melawat kawasan itu pada masa terdekat,” katanya kepada NSTP di sini.

Aminuddin turut mengingatk­an pengusaha kanopi di kawasan itu supaya mematuhi undang-undang jika mereka masih mahu menjalanka­n perniagaan di situ.

“Mereka perlu mematuhi undang-undang. Jika dikesan beroperasi secara tidak sah, kita akan minta mereka mengosongk­an kawasan itu segera,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD, Zamri Mat Kassim, mengakui membenarka­n pengusaha menjalanka­n perkhidmat­an menyewa kanopi sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, kebenaran itu diberikan selepas meminta pandangan orang ramai mengenai bentuk perkhidmat­an yang mereka mahu dan majoriti memilih perkhidmat­an kanopi.

Persetujua­n bersama

“Berdasarka­n keputusan ini, MPPD mengadakan perbincang­an dengan pelbagai operator dan mencapai persetujua­n bersama untuk menjalanka­n perkhidmat­an menyewa kanopi di pantai.

“Tiada permit dikeluarka­n dan kebenaran diberikan berdasarka­n budi bicara MPPD untuk membantu mereka menjalanka­n perkhidmat­an menyewa kanopi, dengan beberapa syarat,” katanya.

Zamri berkata, syarat itu termasuk menjaga kebersihan kawasan pantai dengan memastikan kawasan sentiasa kemas dengan menggunaka­n corak dan warna kanopi yang sama serta melipat kanopi apabila tidak digunakan.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa tahun pelbagai masalah mula timbul dengan keluhan sewa mahal, keadaan pemandanga­n laut dihalang oleh kanopi dan aduan mengenai operator yang berkasar dengan pengunjung,” katanya.

 ??  ?? Aminuddin Harun
Aminuddin Harun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia