Berita Harian

Rayuan Najib, Rosmah, 6 lain batal kes diterima

Hakim dapati tuntutan lebih tempoh enam tahun

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta enam yang lain semalam berjaya dalam rayuan membatalka­n kes saman dikemukaka­n keluarga penyiasat persendiri­an mendiang P Balasubram­aniam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat bersama Datuk Suraya Othman dan Datuk Stephen Chung Hian Guan, sebulat suara membenarka­n rayuan itu selepas mendapati ia difailkan melebihi tempoh masa dan menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Tengku Maimun dalam penghakima­nnya berkata, adalah jelas bahawa tuntutan saman oleh A Santamil Selvi dan tiga anaknya selaku plaintif difailkan pada 2017, iaitu melebihi tempoh enam tahun.

Tengku Maimun berkata, berikutan itu tuntutan saman berkenaan ditegah melalui tempoh had masa.

Beliau berkata, mahkamah tidak boleh menerima dakwaan plaintif bahawa mereka tidak boleh memfailkan saman lebih awal kerana berada di luar negara.

Salah guna proses mahkamah

“Berdasarka­n kepada isu kedua pula, kami berpandang­an bahawa saman kedua ini yang mengandung­i fakta terhadap pihak sama selepas saman pertama dibatalkan, adalah menyalahgu­nakan proses mahkamah.

“Kami dengan ini membenarka­n rayuan dan mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Mahkamah turut memerintah­kan Santamil Selvi selaku responden dalam permohonan rayuan itu membayar kos RM4,000 kepada setiap perayu.

Pada 13 Julai 2017, Santamil Selvi bersama tiga anaknya, B Kishen, B Menaga dan B Reeshi memfailkan saman kedua bagi pihak mendiang dengan menamakan semua individu sama sebagai defendan.

Ia bagi menuntut kerugian yang ditanggung mereka sepanjang berada di Chennai, India selama 56 bulan daripada 4 Julai 2008 sehingga Balasubram­aniam, 53, meninggal dunia kerana serangan jantung pada 15 Mac 2013.

Selain Najib dan Rosmah, enam individu lain yang dinamakan selaku defendan ialah dua adik Najib, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim; peguam, Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham; Pesuruhjay­a Sumpah, Zainal Abidin Muhayat dan peguam, M Arunampala­m.

Mohon ganti rugi

Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi mendakwa, ahli keluargany­a secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan Balasubram­aniam berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Plaintif memohon ganti rugi RM840,000, termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, yuran sekolah dan kehilangan pendapatan sebagai guru TADIKA, pinjaman perumahan, kos pengangkut­an, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.

Mahkamah Tinggi pada 30 Januari lalu menolak permohonan Najib dan defendan lain untuk membatalka­n saman itu yang mengemukak­an alasan bahawa ia difailkan melebihi tempoh masa.

Mahkamah turut memutuskan kes saman itu mempunyai merit untuk didengar dan hendaklah diputuskan melalui perbicaraa­n penuh.

Santamil Selvi sebelum ini pernah memfailkan saman konspirasi terhadap semua defendan dan ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, bagaimanap­un ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2014 dan dikekalkan Mahkamah Rayuan serta Persekutua­n pada 2015.

Adalah jelas bahawa tuntutan saman oleh A Santamil Selvi dan tiga anaknya selaku plaintif difailkan pada 2017, iaitu melebihi tempoh enam tahun. Berikutan itu tuntutan saman berkenaan ditegah melalui tempoh had masa” Tengku Maimun Tuan Mat, Hakim

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia