Berita Harian

Penumpang Malaysia Airlines tak terjejas

Banyak faktor tentukan harga tiket: Izham

- Oleh Nurhayati Abllah dan Ayisy Yusof

Malaysia Airlines Bhd menjangkak­an penumpang penerbanga­nnya tidak akan terkesan selepas pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) mulai 1 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulanny­a, Kapten Izham Ismail, berkata pihaknya masih menunggu perkembang­an dan panduan seterusnya daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung pelaksanaa­n sistem cukai berkenaan sebelum mengambil tindakan selanjutny­a.

“Wujud dua bahagian dalam rejim cukai berkenaan (SST) yang termasuk perkhidmat­an dan produk. Kami belum membuat sebarang keputusan dan sekarang ini masih menunggu panduan daripada kastam.

“Akan ada lebih banyak konfiguras­i yang diperlukan bagi syarikat penerbanga­n dalam menentukan sistem harga tiket,” katanya selepas Majlis Perjanjian Penerbanga­n Sewa Khas Sesi 2018-2019 antara G4#KAER MHX dengan Malaysia Airlines, di Petaling Jaya, semalam.

Yang hadir sama ialah Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaafar.

Malaysia Airlines menandatan­gani perjanjian sewa khas umrah bersama gabungan empat syarikat pengendali umrah atau dikenali dengan Gabungan 4 KAER, sekali gus menjadi perjanjian sewa khas umrah terbesar bagi syarikat penerbanga­n itu setakat ini.

Empat syarikat berkenaan terdiri daripada KRS Travel Sdn Bhd (KRS), ATS Global Travel & Charterer (ATS) Sdn Bhd, Eco Riths Leisure Travel & Tour Sdn Bhd (Ecoriths) dan Rayhar Travels Sdn Bhd (Rayhar).

Kaji beli pesawat baharu

Sementara itu, mengulas laporan mengenai permohonan pembiayaan Malaysia Airlines bagi pembelian sembilan pesawat Boeing 737 MAX, Izham berkata, pihaknya sedang meneliti pilihan pembiayaan yang ada.

Beliau yang tidak menafikan atau mengesahka­n kesahihan laporan berkenaan berkata, langkah berkenaan adalah sebahagian daripada usaha syarikatny­a untuk membuat pemilihan bagi mendapatka­n pembiayaan itu.

“Ini adalah amalan biasa bagi perniagaan untuk meneliti pilihan yang ada, sama ada ada mahu membiayain­ya sendiri atau mendapatka­n pembiayaan lain,” katanya.

Laporan Reuters kelmarin dipetik berkata, Malaysia Airlines memohon kepada beberapa bank untuk membiayai sembilan pesawat Boeing 737 MAX, iaitu permohonan pembiayaan pertama syarikat penerbanga­n nasional itu selepas penyusunan semulanya tiga tahun lalu.

Menurut sumber, pembiayaan itu dilihat sebagai percubaan utama syarikat penerbanga­n itu meningkatk­an lagi operasinya selepas diambil alih Khazanah Nasional pada Disember 2014 beberapa bulan selepas insiden MH17 dan kehilangan MH370.

Selain itu Izham berkata, Malaysia Airlines juga mengesahka­n tempahan bagi 25 pesawat Boeing 737 MAX yang dimeterai dua tahun lalu.

“Kami juga mempunyai pilihan bagi (pembelian) 25 pesawat Boeing 737 MAX yang belum dibuat,” katanya.

 ?? [ FOTO BERNAMA ] ?? Kamaruddin (berdiri, empat dari kiri) dan Izham (duduk, tiga dari kiri) pada Majlis Perjanjian Penerbanga­n Sewa Khas Sesi 2018-2019 antara G4#KAER MHX dengan Malaysia Airlines, di Petaling Jaya, semalam.
[ FOTO BERNAMA ] Kamaruddin (berdiri, empat dari kiri) dan Izham (duduk, tiga dari kiri) pada Majlis Perjanjian Penerbanga­n Sewa Khas Sesi 2018-2019 antara G4#KAER MHX dengan Malaysia Airlines, di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia