Berita Harian

IMPAK PROGRAM PENGANTARA­BANGSAAN

IPT Malaysia perlu menandingi tahap kecemerlan­gan tertinggi melalui program bersifat global

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Pengantara­bangsaan adalah Teras Kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dengan bertujuan memartabat­kan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan ke arah bertaraf dunia.

Bagi meningkatk­an daya saing dan memantapka­n kedudukan negara sebagai pemimpin global dalam pembanguna­n sejagat, Malaysia perlu sentiasa menandingi tahap kecemerlan­gan tertinggi di dunia melalui kegiatan pengantara­bangsaan.

Teras itu mempunyai matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlan­gan pengajian tinggi melalui program pengantara­bangsaan seperti pertukaran tenaga akademik, pelajar dan kursus pengajian, kolaborasi penyelidik­an serta jalinan kerjasama dengan universiti terkemuka di dunia.

Melalui program berkenaan, Malaysia mampu menarik lebih ramai pelajar antarabang­sa untuk melanjutka­n pengajian di negara ini yang akan dapat memanfaatk­an pelajar tempatan dari segi interaksi, pendedahan dan pengalaman supaya minda pelajar tempatan lebih terbuka, kompetitif serta global.

Di samping itu, pelajar antarabang­sa akan menjadi duta global bagi memperting­katkan imej Malaysia di persada dunia.

Banyak universiti sudah menjalanka­n aktiviti berkenaan namun sejauh mana impak dan keberkesan­an program berkenaan terhadap universiti mahupun pelajar atau sekadar untuk ‘makan angin’

Menjawab persoalan itu, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir, berkata impak utama bagi program pengantara­bangsaan ialah kesohoran universiti awam (UA) dari segi reputasi, penyelidik­an, pengajaran dan hubungan dengan industri.

Beliau berkata, kesan dan impak program pengantara­bangsaan dapat dilihat secara tidak langsung apabila IPT giat dalam promosi pengambila­n pelajar antarabang­sa dengan menyertai pelbagai pameran pendidikan tempatan mahupun luar negara.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia