Berita Harian

Tingkat imej universiti di persada dunia

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

Program pengantara­bangsaan adalah satu inisiatif baik yang perlu dijalankan oleh semua universiti sebagai sebahagian daripada rancangan strategik mereka.

Kerjasama atau jaringan yang dijalankan antaranya, penyelidik­an dan penerbitan pada peringkat antarabang­sa dapat menghasilk­an ruang pemikiran yang meluas serta berpandang­an jauh.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata sesebuah universiti tidak mampu pergi jauh sekiranya mereka tidak melaksanak­an jaringan atau kerjasama dengan mana-mana universiti sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Beliau berkata, bagi memastikan universiti itu berada di pasaran global, mereka harus mempunyai dua perkara itu dengan mengadakan pelbagai inisiatif bersama universiti terkenal di dunia.

“Jika dilihat penarafan atau kriteria yang ditetapkan oleh QS World University Rankings antaranya sejauh mana sesebuah universiti dikenali oleh universiti lain di luar negara.

“Kerjasama amat penting dan wajar dilaksanak­an seperti kunjungan hormat, menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) dan memorandum perjanjian (MOA) adalah antara faktor utama yang boleh meningkatk­an imej dan nama universiti di persada dunia,” katanya kepada BH Varsiti, baru-baru ini.

Agenda universiti

Kolaborasi yang dilakukan oleh UPSI antaranya Summer

Camp dan Winter Camp iaitu pertukaran mahasiswa dan kakitangan UPSI bersama ne-gara lain seperti China, Indonesia, Filipina serta Jepun.

Program mobiliti pelajar dan kakitangan akademik adalah satu agenda di universiti sama ada dalam bentuk pendidikan, penerbitan, penyelidik­an atau sebagainya.

Prof Mohammad Shatar berkata, antara contoh adalah kakitangan dan pelajar yang mengadakan mobiliti di negara Jepun, mereka dapat menimba pengetahua­n dan pengalaman sebaik mungkin dan menterjema­hkannya semula apabila kembali ke tanah air.

“Pemikiran matang seseorang akan bertambah, lebih kritikal, inovatif dan kreatif dengan adanya pendedahan seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Prof Dr Kamila Ghazali yang menjalanka­n tugas sebagai Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM), berkata prestasi ranking UM semakin mengukuh sama ada pada peringkat Asia mahupun dunia.

Beliau berkata, melalui penyertaan UM dalam sistem ranking berkenaan, dapat dijadikan penanda aras yang berguna untuk menentukan kekuatan sistem pendidikan dan penyelidik­an berimpak tinggi yang diamalkan di Malaysia khususnya di UM.

“Ranking hanya sekadar instrumen untuk menjadi penanda aras, namun langkah untuk mengukuhka­n kerjasama dengan rakan strategik sedia ada menjadi amalan lazim antara institusi pengajian tinggi pada peringkat tempatan mahupun antarabang­sa.

“Impak terhadap visibiliti adalah tinggi dan memberi kesan kepada ranking. Ini termasuk faktor penyelidik­an, reputasi akademik, perkadaran pelajar dan kakitangan akademik antarabang­sa, perkadaran pelajar inbound serta outbound,” katanya.

Perkongsia­n terbaik

Beliau menyifatka­n bekerjasam­a dengan universiti antarabang­sa adalah perkongsia­n terbaik, selain dapat menghasilk­an pemantapan kurikulum dan program akademik.

Beliau berkata, UM berkolabor­asi dengan 25 universiti antarabang­sa dalam program kerjasama pada peringkat Kedoktoran dan Sarjana.

“Beberapa graduan berjaya dihasilkan secara kerjasama, contohnya dengan University of Sydney, Australia; Liverpool John Moores University, United Kingdom dan Kyoto University, Jepun.

“Melalui kaedah ini, kerjasama berpanjang­an dapat dikekalkan bersama penyelia antara universiti yang terbabit, termasuk graduan selepas memperoleh­i ijazah lanjutan,” katanya.

Elak pembaziran

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Dr Wahid Omar, berkata program pengantara­bangsaan perlu diurus dengan bijak supaya tidak berlaku pembaziran dan hanya sekadar untuk berjalan-jalan.

“Kita perlu pastikan setiap apa yang dilakukan perlu disukat dan diukur pencapaian­nya bagi memastikan ia mendapat hasil kepada universiti, kakitangan mahupun pelajar.

“Selain itu, kerjasama penyelidik­an turut membantu universiti berkongsi pengalaman bersama penyelidik di negara luar,” katanya.

Beliau berkata, program pengantara­bangsaan sangat baik untuk pelajar kerana pembelajar­an bukan sahaja di dalam bilik kuliah, tetapi turut berlaku di luar.

“Mahasiswa boleh menimba ilmu dengan mempelajar­i budaya negara luar, selain aktiviti yang dilakukan seperti sukarelawa­n yang mampu meraih pengalaman berharga.

“Banyak program antarabang­sa yang disertai mahasiswa boleh dijadikan contoh, dan selepas pulang ke tanah air, mereka menjadi pelajar yang cemerlang,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kerjasama dalam bidang penyelidik­an universiti tempatan bersama universiti luar negara secara tidak langsung meningkatk­an jenama pendidikan Malaysia di mata dunia.
[FOTO HIASAN] Kerjasama dalam bidang penyelidik­an universiti tempatan bersama universiti luar negara secara tidak langsung meningkatk­an jenama pendidikan Malaysia di mata dunia.
 ??  ?? Prof Kamila
Prof Kamila
 ??  ?? Prof Mohammad Shatar
Prof Mohammad Shatar
 ??  ?? Prof Wahid
Prof Wahid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia