Berita Harian

Program mobiliti tingkat kematangan pelajar

-

China, Thailand dan Jerman.

“Selain itu, saya juga dapat mengetahui sejarah dan budaya tradisiona­l masyarakat Korea seperti asal usul agama nenek moyang mereka dan gaya hidup masyarakat di sana,” katanya.

Rasa syukur

Sementara itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Elektronik Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), Ahmad Adi Asyraf Mohd Yusof, berkata program mobiliti adalah peluang yang disediakan oleh universiti untuk mahasiswa merasai sendiri pengalaman berada di luar negara bagi menghayati cara kehidupan mereka.

“Mahasiswa kini berasa terlalu selesa dengan keadaan sedia ada sehingga tidak menyedari masih ada negara lain yang kekurangan kemudahan untuk belajar berbanding di negara sendiri.

“Melalui program sebegini, kita dapat memupuk rasa syukur dalam diri dengan kelebihan dan kemudahan yang disediakan, selain dapat melatih diri menjadi lebih berdisipli­n dalam kehidupan,” katanya.

Antara program lain yang disertai Ahmad Adi Asyraf adalah University Social Responsibi­lity (USR)@CAMbodia 2018; Institut Teknologi Antarabang­sa MalaysiaJe­pun (MJIIT) Global Mobility Program @Japan 2017 dan Community Engagement@ Bandung Indonesia 2015.

Beliau menyifatka­n program berkenaan berjaya meningkatk­an kemajuan dalam diri mahasiswa, selain dapat menyumbang idea dalam membangunk­an Malaysia ke arah lebih maju.

 ?? [FOTO HIASAN] ??
[FOTO HIASAN]
 ??  ?? Fatin Nurfarahan­im
Fatin Nurfarahan­im
 ??  ?? Ahmad Adi Asyraf
Ahmad Adi Asyraf

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia