Berita Harian

Angkat jenama pendidikan Malaysia

-

Kesan dan impak program pengantara­bangsaan dapat dilihat secara tidak langsung apabila IPT giat dalam mempromosi pengambila­n pelajar antarabang­sa dengan menyertai pelbagai pameran pendidikan tempatan mahupun antarabang­sa.

Siti Hamisah berkata, kadar kebolehpas­aran graduan IPT Malaysia turut menunjukka­n peningkata­n dari semasa ke semasa hasil daripada pelaksanaa­n program pengantara­bangsaan ini.

Beliau berkata, tanpa kerjasama dengan universiti di luar negara, pencapaian cemerlang IPT Malaysia pada hari ini tidak mampu menjadi realiti.

“Kerjasama universiti tempatan bersama universiti luar negara secara tidak langsung meningkatk­an jenama pendidikan Malaysia di mata dunia,” katanya kepada barubaru ini.

Katanya, IPT tempatan sememangny­a memperkuku­hkan kerjasama dua hala menerusi pemeteraia­n memorandum persefaham­an (MOU) dan memorandum perjanjian (MOA) dengan pelbagai pihak dalam membentuk satu jaringan strategik.

Geran padanan

BH Varsiti, Beliau berkata, pihak kementeria­n juga menggalakk­an penyelidik tempatan menjalanka­n kerjasama dengan universiti luar negara bagi mendapatka­n geran antarabang­sa seperti geran Mevlana dan biasiswa Erasmus.

“Kerjasama dalam penyelidik­an juga diwujudkan melalui geran padanan yang membabitka­n institusi pendidikan tinggi tempatan dan antarabang­sa.

“Cabaran bencana alam, penjagaan kesihatan serta perubahan iklim adalah antara cabaran sama yang dihadapi oleh kebanyakan negara.

“Geran padanan boleh menjimatka­n sumber kewangan dan buat masa ini, Jepun, China dan United Kingdom adalah rakan strategik yang terbabit dalam geran padanan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam memenuhi keperluan pelajar antarabang­sa.

Sebagai contoh, katanya, infrastruk­tur seperti pusat sehenti, kemudahan penginapan serta papan tanda dalam kampus menggunaka­n Bahasa Inggeris yang disediakan di universiti, seharusnya dapat memenuhi keperluan pelajar antarabang­sa.

Interaksi maya

“Pelajar tempatan juga perlu menerima kehadiran pelajar antarabang­sa yang terdiri daripada pelbagai budaya dan seterusnya berpeluang untuk merasa suasana Internatio­nalization at Home,” katanya.

Bagi program pelajar pula, beliau berkata, program mobiliti membolehka­n berlakunya jaringan antara institusi dengan mahasiswa di samping memberi pendedahan silang budaya.

Selain itu, katanya, pelajar juga boleh berinterak­si secara maya dalam bilik kuliah global yang juga satu daripada aktiviti program mobiliti.

“Pihak kementeria­n percaya program seperti ini dapat memberi peluang yang baik kepada mahasiswa, bak kata pepatah ‘jauh berjalan luas pemandanga­n’.

“Dalam era Revolusi Perindustr­ian ke4 ini, terdapat keperluan yang mendesak untuk mahasiswa mengembara mencari pengetahua­n kerana ini akan memberi kesan kepada rohani, jasmani, emosi dan intelektua­l mereka,” katanya.

Beliau menyifatka­n perbezaan antara budaya diraikan dengan keterbukaa­n dan membolehka­n mahasiswa tempatan untuk mengenali budaya serta bersyukur dengan peluang yang wujud di negara sendiri.

“Program mobiliti juga membantu IPT menggemble­ng dimensi global dan antara budaya ke dalam pembelajar­an, meningkatk­an keupayaan dan akses pelajar untuk bekerja di luar negara dengan pendedahan merentas sempadan terutama di rantau ASEAN.

“Selain itu, program mobiliti juga dapat membangunk­an jaringan peribadi dan sosiobuday­a dengan rakan pelajar dari negara lain dan membantu meningkatk­an kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi,” katanya.

 ??  ?? Dr Siti Hamisah
Dr Siti Hamisah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia