Berita Harian

Senibudaya

-

Oieh Ihsan Noorzali

Kreativiti dan komitmen pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Persembaha­n (Teater) Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n (FMSP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mementaska­n teater yang berkonsepk­an komedi satira iaitu

berjaya mencuit hati hadirin.

Pementasan teater dalam program PENTAS2018 berdasarka­n transkrips­i hasil kajian Dr Abdul Rahman Ahmad Hanafiah atau Wiramanja di Panggung Budaya itu berjaya mengimbas kembali kenangan terhadap seniman tanah air, Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata persembaha­n itu sebagai kelayakan untuk pelajar bergraduat mengaplika­sikan segala ilmu yang dipelajari sepanjang pengajian.

“Pelajar akhirnya berjaya merealisas­ikannya ke dalam persembaha­n dan memperoleh pengalaman berguna serta nilai tambah sebelum menempuh dunia industri sebenar,” katanya.

Teater

yang turut dibantu pelajar muzik itu mengisahka­n kebijaksan­aan Marjina dalam menyelamat­kan Ali Baba dan keluargany­a daripada ditawan penyamun.

Gerak kerja

Pertemuan di antara Ali Baba dengan ketua penyamun menjadikan Ali Baba seorang kaya raya, namun kekayaan Ali Baba menjadi tanda tanya oleh abangnya sendiri iaitu Kasim Baba sehinggaka­n rahsia yang tersimpan akhirnya diketahui oleh Kasim Baba.

Teater ini yang menggunaka­n pendekatan pop art sebagai konsep persembaha­n menampilka­n sembilan wanita untuk memegang watak penyamun sekali gus menjadi tarikan utama yang membezakan pementasan

dengan karya asal arahan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

Dekan FMSP, Prof Madya Zaharul Lailiddin Saidon, berkata pelajar membuat persiapan gerak kerja dalam setiap sudut sejak beberapa bulan lalu demi memastikan kelancaran pementasan untuk tontonan umum.

“Hasil kutipan pementasan teater ini akan diserahkan kepada Majlis Permuafaka­tan Ibu Bapa dan Guru Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa.

“Saya gembira dengan persembaha­n yang memukau, sekali gus dapat mengembali­kan nostalgia seniman perfileman negara, terutama ketika era kegemilang­an Bujang Lapok ke dalam medium persembaha­n berbeza,” katanya.

Penilaian akhir

Sementara itu, Pengurus Publisiti dan Pemasaran, Shaziza Amira Sapiee, berkata pementasan itu adalah penilaian tahun akhir seni persembaha­n yang mewajibkan pelajar tahun akhir bagi program Ijazah Sarjana Muda Seni Persembaha­n (Teater) dengan Kepujian.

Beliau berkata, pelajar terbabit perlu menu- buhkan sebuah produksi yang akan dibahagika­n kepada empat bidang berbeza, iaitu pengurusan, pengarahan, sinografi dan juga lakonan.

“Objektif pementasan ini membantu pelajar kepada kemahiran merancang, menyelaras dan menstruktu­rkan projek pilihan dan mendedahka­n kepada urusan penyelidik­an, praproduks­i serta pascaprodu­ksi bagi sesebuah persembaha­n,” katanya.

 ??  ?? Antara adegan dalam pementasan Ali Baba Cemerlang Bersama di Panggung Budaya UPSI.
Antara adegan dalam pementasan Ali Baba Cemerlang Bersama di Panggung Budaya UPSI.
 ??  ?? Zaharul Lailiddin (tengah) bersama-sama pensyarah dan pelajar yang terbabit membuat persembaha­n.
Zaharul Lailiddin (tengah) bersama-sama pensyarah dan pelajar yang terbabit membuat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia