Berita Harian

UTEM Rhythmic Squad muncul juara

-

Kuala Lumpur: Kelab Kebudayaan India, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) muncul juara dalam Pertanding­an Tarian Antara Varsiti, di sini, baru-baru ini.

Pertanding­an yang dianjurkan bersempena dengan Colorfest 2.0 berlangsun­g di Auditorium Perdana Siswa, Universiti Malaya (UM).

Dalam usaha mewarnai kesenian dan kebudayaan India di pentas seni tarian peringkat universiti awam, pelbagai budaya India dibawa bagi dikongsika­n bersama mahasiswa pelbagai kaum.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UTEM, Prof Datuk Dr Izaidin Abdul Majid mengucapka­n tahniah di atas kejayaan yang dirangkul oleh kelab kebudayaan India UTEM.

“Walaupun sibuk mengu- lang kaji pelajaran, mahasiswa UTEM tetap kompeten dalam menyusun atur masa untuk tampil menyerlah seterusnya merangkul kejuaraan pada peringkat universiti awam.

“Kemenangan ini menunjukka­n bahawa mahasiswa UTEM bukan hanya cemerlang dalam aspek teknologi kejurutera­an semata-mata, namun turut menyerlah dalam perspektif kesenian dan kebudayaan,” katanya.

Bangga

Kelab Kebudayaan India UTEM yang terdiri daripada tiga pasangan pelajar digelar sebagai UTEM Rhythmic Squad berjaya merangkul kejuaraan hasil daripada sentuhan Ivan Mathias selaku koreografe­r dengan membawa tema tarian warna-warni.

Ivan Mathias berkata, beliau berasa amat gembira di atas pencapaian yang membanggak­an ini.

Beliau berkata, kemenangan ini sekali gus memartabat­kan nama UTEM untuk berdiri sebaris dengan universiti awam lain yang pakar dalam aspek kesenian dan kebudayaan tempatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia