Berita Harian

MBM lahir tenaga mahir dalam bidang automotif

- Oleh Nor Azma Laila

usaha menyediaka­n laluan kerjaya yang cerah kepada mereka akan terus menjadi komitmen MBM.

“Kami sangat bangga apabila melihat bakat muda negara berubah daripada pelatih kepada juruteknik berkelayak­an pada peringkat global dan berharap dapat terus menyumbang kepada usaha berterusan melahirkan tenaga mahir dalam bidang automotif bagi memenuhi permintaan negara.

“Graduan ini semua membentuk asas kepada rangkaian MBM sekali gus membolehka­n kami memberikan perkhidmat­an terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika berucap pada majlis graduasi 26 perantis Akademi Latihan MBM, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden MBM, Perkhidmat­an Pelanggan, Heinrich Schromm dan Pengurus Kanan, Latihan MBM, Dominic Wells.

Perantis berkualiti

Akademi Latihan MBM menawarkan program selama tiga tahun kepada pelajar berusia 17 hingga 22 tahun bagi mengikuti pengajian dalam bidang automotif.

Sejak ditubuhkan pada 1984, Akademi Latihan MBM sudah berjaya melahirkan 827 perantis berkelayak­an dalam bidang automotif.

Sementara itu, Heinrich berkata, bagi memberikan pengalaman terbaik kepada pelanggan, MBM perlu meneruskan perjalanan penjagaan premium yang tiada tandingann­ya dan perkhidmat­an terbaik.

“Elemen utama kepada perjalanan ini ialah memastikan setiap pelanggan dan kenderaan mereka dikendalik­an oleh pasukan yang berkelayak­an tinggi.

“Faktor utama yang membezakan MBM dengan pro- gram latihan lain ialah kami sentiasa tampil selangkah ke depan dalam memastikan pusat latihan sentiasa dilengkapi dengan teknologi dan proses terkini serta sentiasa membuat kajian supaya program yang ditawarkan adalah yang terbaik,” katanya.

Sempena majlis graduasi itu, Wong Shiong Heng dipilih sebagai pelajar terbaik kerana menunjukka­n pencapaian cemerlang dalam aspek akademik, prestasi, kehadiran dan sikap.

Shiong Heng berkata, beliau tidak menjangka akan dipilih sebagai pelajar terbaik tetapi percaya usaha yang ditunjukka­n sepanjang tiga tahun pengajian itu akhirnya berbaloi.

“Proses pengajaran dalam program latihan ini sangat berbeza berbanding apa yang saya lalui sebelum ini kerana banyak menekankan kepada aspek sikap, ketepatan masa dan disiplin sekali gus membuat saya melihat semua itu sebagai cabaran baharu.

“Ternyata usaha keras itu membuahkan hasil membanggak­an dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang banyak menyokong saya sepanjang pengajian ini termasukla­h keluarga, tenaga pengajar dan rakan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia