Berita Harian

Pertukaran budaya Malaysia, Australia

-

Kuala Lumpur: Bagi memberi peluang kepada bakal guru untuk bertukar pandangan mengenai kebudayaan negara luar, Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia dengan kerjasama kerajaan Australia menganjurk­an Program Pertukaran Budaya Malaysia-australia, bertempat di IPG Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM), di sini, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan di bawah Kumpulan Kerja Bersama (JWG) MalaysiaAu­stralia itu adalah acara tahunan yang dikendalik­an oleh IPG bertujuan memberi peluang kepada peserta untuk bertukar pandangan dan pengalaman aspek kebudayaan negara masingmasi­ng.

Penyelaras Program Pertukaran Budaya JWG MalaysiaAu­stralia, Raymond Mohanraj Paul, berkata tahun ini menyaksika­n kampus itu dipilih sebagai tuan rumah buat kali pertama.

“Seramai 30 pelajar yang terdiri daripada jawatankua­sa perwakilan pelajar IPGKBM mengambil bahagian dalam program ini.

“Australia menghantar 11 bakal guru dan dua pensyarah pengiring membabitka­n dua universiti, iaitu Universiti Monash dan Universiti La Trobe,” katanya.

Bertukar fikiran

Pelbagai aktiviti dianjurkan sebagai pengisian kepada program berkenaan antaranya ialah tarian dan permainan tradisiona­l, persembaha­n gamelan serta pengenalan kepada penggunaan kain batik kepada delegasi dari Australia itu.

Sementara itu, peserta program, Nur Kiasatina Mohamad Fisal, berkata program itu sangat bermanfaat dan menyeronok­kan kerana beliau dapat bertukar fikiran dan pandangan dengan rakan dari Australia.

“Selain itu, saya juga dapat mengenali dan mendalami perbezaan budaya, bahasa serta latar belakang rakan dari Australia dengan lebih dekat,” katanya.

Peserta dari Australia, Sandra Bodie, pula berpendapa­t program itu sangat bermakna dan menyeronok­kan kerana mendapat maklumat mengenai keunikan kebudayaan dan tradisi yang dimiliki masyarakat Malaysia.

“Pelbagai aspek kebudayaan didedahkan dalam program kali ini termasukla­h muzik, tarian dan permainan tradisiona­l malah yang paling menarik perhatian ialah keramahan yang ditunjukka­n warga IPGKBM dalam meraikan kami sebagai tetamu,” katanya.

 ??  ?? Peserta diajar bermain congkak yang menjadi satu daripada permainan tradisiona­l masyarakat Melayu.
Peserta diajar bermain congkak yang menjadi satu daripada permainan tradisiona­l masyarakat Melayu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia