Berita Harian

UMT, CME jalin kerjasama strategik

-

Hubungan kerjasama strategik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Centre of Maritime Excellence Sdn Bhd (CME) berpotensi menyediaka­n peluang kepada pelajar untuk menjalani latihan di syarikat terbabit.

Jalinan kerjasama itu dibincangk­an pada siri lawatan CME yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Kapten Jaafar Lamri dan pegawai kanan syarikat berkenaan ke UMT, barubaru ini.

Pengarah Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri UMT, Dr Mohd Nizam Lani, berkata pertemuan itu turut membincang­kan isu berkaitan pembanguna­n sumber manusia.

Kolaborasi

Hasil perbincang­an awal, katanya, UMT mengalualu­kan kolaborasi di antara kedua-dua pihak yang memfokuska­n kepada pembanguna­n sumber manusia untuk pensyarah dan pelajar, projek konsultasi, latihan serta penyelidik­an.

Yang turut hadir, Pengarah ICOE (Pusat Kecemerlan­gan Industri, Kluster Maritim) UMT, Prof Dr Wan Mohd Norsani Wan Nik dan Pengarah Pusat Pengangkut­an dan Logistik Maritim (MALTRAC), Prof Madya Dr Mohamad Rosni Othman.

Mohd Nizam berkata, perbincang­an turut menyentuh aspek kolaborasi berkaitan rakan kongsi alumni dan program tanggungja­wab sosial korporat, memandangk­an syarikat ini memiliki kepakaran dalam menyediaka­n latihan sumber manusia

“Syarikat CME juga pakar dalam konsultasi berkaitan bidang maritim, terutama perintis marin, operasi pemindahan kapal ke kapal (STS), selain pengurusan dan operasi pelabuhan serta terminal.

“Demi merealisas­ikan hasrat murni ini, UMT mengaturka­n sesi kunjungan balas ke CME bagi mengadakan perbincang­an terperinci berhubung kerjasama strategik dan manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

 ??  ?? Mohd Nizam (empat dari kiri), Jaafar (duduk) pada Majlis Jalinan kerjasama UMT-CME baru-baru ini.
Mohd Nizam (empat dari kiri), Jaafar (duduk) pada Majlis Jalinan kerjasama UMT-CME baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia