Berita Harian

Adibah sentiasa positif dalam berniaga

- Oleh

Faizatul Farhana Farush Khan Kuala Lumpur

Pwalaupun tidak memiliki pengalaman dan pengetahua­n luas dalam bidang itu, beliau menjadikan ibunya yang memiliki perniagaan sendiri sebagai rujukan untuk mendapatka­n nasihat mengenai selok-belok bidang terbabit. Kini selepas setahun, beliau bukan sahaja mampu menguruska­n butik itu dengan baik dan mula bijak mengendali­kan kerenah pelanggan, tetapi juga dapat memperoleh pendapatan sendiri pada usia muda.

“Dengan jurusan pengajian dalam bidang Diploma Rekaan Grafik yang saya ikuti di MSU College, bukan mudah untuk saya menguasai ilmu perniagaan, terutama bagaimana mengatur stok, mempromosi produk, mencari strategi jualan, menguruska­n waktu dan melayan pelanggan.

“Saya agak beruntung ketika mula mengambil alih, butik ini dijual dengan stok pakaian sedia ada, jadi lebih memudahkan saya mempelajar­i teknik men- jual daripaka pakaian sedia ada sehingga habis, sebelum menempah stok baharu,” katanya ketika dihubungi BH Varsiti, baru-baru ini.

Persaingan

Berkongsi bisnes diusahakan, Adibah berkata, perniagaan di bawah jenama DB Boutique yang terletak di kawasan Grace Plaza Tawau, Sabah itu menawarkan produk pakaian khusus untuk wanita, antaranya kemeja-t, seluar, blaus, kemeja, baju kurung dan skirt.

Katanya, biarpun berdepan persaingan dengan perniagaan butik yang banyak diusahakan bak ‘cendawan tumbuh selepas hujan’, beliau percaya setiap perniagaan memiliki tarikan dan keistimewa­an masing-masing bagi menarik pelanggan sendiri.

Adibah berkata, persaingan yang ada juga dilihat daripada aspek positif kerana mendorongn­ya untuk lebih berusaha menawarkan produk menarik dan berbaloi, selain mengatur strategi lebih berkesan pada masa depan.

“Lagipun sambutan diterima amat baik, terutama ketika musim perayaan,” katanya yang menyimpan keuntungan diperoleh sebagai modal untuk membuka cawangan baharu. anggaran keuntungan bersih

 ??  ?? DB Boutique yang diusahakan Adibah di Tawau.
DB Boutique yang diusahakan Adibah di Tawau.
 ??  ?? Adibah mengira dan menyusun stok baharu.
Adibah mengira dan menyusun stok baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia