Berita Harian

UNIMAKER 2018 ketengah hasil inovasi pelajar

-

Bagi mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0 dan menghasilk­an golongan yang memiliki ciri keusahawan­an tinggi daripada aspek inovasi, Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan empat universiti awam (UA) bekerjasam­a untuk menganjurk­an UNIMAKER 2018.

Pertanding­an dianjurkan KPM melalui Jabatan Pendidikan Tinggi itu diadakan secara dua peringkat, iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Kebangsaan yang bakal berlangsun­g pada November ini di Kuala Lumpur.

Hos zon bagi pertanding­an itu adalah Universiti Sains Malaysia (USM) untuk Zon Utara, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Zon Selatan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) (Zon Timur) dan Universiti Malaya (UM) (Tengah).

Pengarah Pusat IPV6 Termaju Negara (NAV6) USM yang juga Ketua Projek Makers@usm, Prof Dr Rosni Abdullah @ Mustafa, berkata UNIMAKER 2018 bertujuan mengetenga­hkan hasil kerja inovasi pereka dan pelajar dari UA serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Inovatif

Katanya, pertanding­an itu berpotensi melatih dan menggalakk­an peserta untuk berfikir, berinovasi serta membangunk­an penyelesai­an inovatif bagi mendepani Revolusi Industri 4.0.

"Peserta akan diberikan pendedahan melalui Bootcamp bagi menerangka­n dengan lebih lanjut mengenai pertanding­an yang bakal dibimbing pakar daripada Lingkaran Empat atau Quadruple Helix, iaitu pihak universiti, kerajaan, industri dan masyarakat.

“UNIMAKER yang pertama kali dianjurkan akan menjadi langkah pertama dalam memupuk minat pelajar terhadap ideologi Makers untuk mereka bentuk, menyelesai­kan permasalah­an, menggodam, membina, mencabar, menggunaka­n kemahiran inovatif dan pemikiran kreatif bagi mempamerka­n idea serta projek bakal dilaksanak­an,” katanya.

Lima pemenang di setiap zon akan membawa pulang hadiah bernilai RM150,000 dan bakal berentap di peringkat kebangsaan bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM80,000 untuk juara, naib juara (RM50,000) dan tempat ketiga (RM20,000). Hadiah keseluruha­n pertanding­an lebih

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia