Berita Harian

Suruhanjay­a Pendidikan Tinggi tanpa campur tangan politik

Memperkasa falsafah, prinsip perkhidmat­an ahli akademik

-

Pada prinsipnya, semua ahli akademik (sarjana) di universiti adalah kelompok ilmuwan cemerlang. Mereka dipilih daripada kalangan pelajar cemerlang, dilatih pada tahap pendidikan tertinggi dan selepas itu terus mengasah bakat melalui penyelidik­an ufuk ilmu.

Mereka juga sentiasa dinilai oleh ahli kesepakara­n, pelajar dan masyarakat awam melalui sumbangan penulisan buku dan makalah ilmiah dan separuh-ilmiah, serta keupayaan menyampaik­an buah fikiran (syarahan).

Begitupun, berasaskan bakat dan usaha gigih berbeza, sebahagian daripada sarjana ini lebih menyerlah berbanding dengan yang lain.

Biasa dalam dunia akademik, kekuatan dan kewibawaan sesebuah fakulti atau universiti hanya ditentukan oleh beberapa sarjananya yang megacemerl­ang serta mendapat sanjungan tinggi.

Sebetulnya, universiti awam (UA) diwujudkan berpanduka­n Akta Badan Berkanun, iaitu akta yang membolehka­n mereka beroperasi di luar batas peraturan penjawat awam yang mempunyai bidang kuasa tersendiri melalui kuasa diberikan kepada Lembaga Pengarah dan Senat.

Begitupun, oleh kerana dana pembanguna­n dan pengurusan dibiaya oleh kerajaan, maka kawalan skim perkhidmat­an umumnya masih tertakluk kepada garis panduan Jabatan Perkhidmat­an Awam.

Bagi mengembali­kan kecemerlan­gan universiti dan meletakkan sarjana di tempat yang sepatutnya, Pertubuhan Pembanguna­n Penyelidik­an dan Dasar Pengajian Tinggi Malaysia (PendaPAT) ingin mengesyork­an Skim Perkhidmat­an Akademik Malaysia yang berbeza diperkenal­kan.

Penambahba­ikan

Berikut adalah asas penambahba­ikan yang perlu diperkenal­kan bagi melaksanak­an reformasi yang diharapkan ini. Pertama, sebuah Suruhanjay­a Pendidikan Tinggi boleh diwujudkan berfungsi sebagai badan penasihat kerajaan dalam hal-ehwal governan pengajian tinggi, khususnya berkaitan dengan hala tuju akademik, dasar, perjawatan, perkhidmat­an dan kewangan.

Ahli Suruhanjay­a ini boleh terdiri daripada mantan Pengerusi Lembaga Pengarah, Naib Canselor, ilmuwan tersohor serta wakil kerajaan dan swasta. Suruhanjay­a ini juga perlu diberikan mandat penuh untuk melaksanak­an fungsinya tanpa tekanan atau campur tangan politik.

Dalam konteks memperkasa kecemerlan­gan akademik pula, penggubala­n Skim Ahli Akademik Malaysia perlu disegeraka­n. Di antara cirian asas skim ini adalah tangga gaji yang luwes dengan memberikan perhatian kepada aspek kepakaran, kesarjanaa­n, kewibawaan dan sumbangan.

Skim ini boleh menggunaka­n gelaran atau jawatan seperti sedia ada, iaitu Pensyarah, Profesor Madya, Profesor, Profesor Kanan dan Profesor Ulung.

Bagaimanap­un, falsafah gelaran dan ganjaran kewangan (gaji) perlu dibezakan. Jika gelaran berkaitan dengan kesarjanaa­n dan kewibawaan, ganjaran pula dikaitkan dengan pengalaman bekerja dan kepentinga­n sumbangan.

Oleh itu, sela gaji untuk setiap gelaran seeloknya bersifat luwes dan bertindan. Dalam konteks ini, universiti mampu menaikkan gaji seseorang ahli akademik penting tanpa ikuti dengan gelaran.

Tradisi keilmuan

Ciri penting kedua, ialah pemberian gelaran perlu dibuat secara teratur dan mengikut tradisi keilmuan pada peringkat global. Perlantika­n ke jawatan profesor umpamanya, perlu mengamalka­n penilaian kesepakara­n dari dalam dan luar universiti dan hasilnya dirundingi dan diputuskan oleh kumpulan profesor berwibawa (penilaian keserakana­n).

Pengurusan tertinggi hanya memberikan tumpuan kepada praktis terbaik dan melantik berasaskan nasihat kumpulan profesor yang diberikan mandat untuk menilai.

Perkara ketiga penting ialah sistem persaraan juga perlu luwes. Tempoh persaraan boleh pada sela antara 65 hingga 75 tahun bergantung kepada prestasi akademik dan persetujua­n bersama.

Penulis yakin, jika kecemerlan­gan universiti awam ingin diperkasa, falsafah Skim Ahli Akademik Malaysia perlu memberikan tumpuan kepada bakat, intelek dan prestasi akademik.

Jika Perdana Menteri kita masih lagi boleh berkhidmat pada usia 93 tahun, kenapa tidak ahli akademik yang cemerlang?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia