Berita Harian

Produk Dr Fur melebat, mencantikk­an bulu kucing

- Oleh Nor Azma Laila

Sejak kebelakang­an ini semakin ramai pencinta haiwan peliharaan seperti kucing berdepan masalah apabila bulu ‘si Manja’ mereka berguguran apabila disentuh malahan melekat pada pakaian dan sekitar tempat tinggal serta di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, masalah itu turut menghalang peminat kucing yang agak sensitif atau ‘alah’ kepada bulu untuk bermanja dengan kucing mereka.

Situasi itu mendorong penyelidik Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Nina Suhaity Azmi dari Fakulti Sains dan Teknologi Industri (FSTI) menghasilk­an produk penyelidik­an serum bagi binatang peliharaan yang dikenali dengan nama Dr Fur.

Katanya, produk Dr Fur membantu untuk mengelakka­n keguguran bulu dan menggalakk­an pertumbuha­n bulu bagi haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

“Produk inovasi ini diformulas­ikan dengan bahan aktif khas dinamakan Glycosamin­oglycans (GAGS) diekstrak daripada sumber marin yang mudah untuk didapati serta jaminan status halal produk memandangk­an kebanyakan GAGS yang terdapat di pasaran adalah dari sumber yang tidak dapat dijamin status halalnya.

“Idea kajian ini bermula untuk mencari sumber alternatif bagi GAGS halal pada 2013 dan berjaya disiapkan pada 2017 dengan formulasi serum bulu ini,” katanya.

Potensi produk

Hasil kajian turut mendapati kos pengekstra­kan bahan marin adalah rendah tetapi dapat menghasilk­an GAGS yang tinggi dan berkualiti.

Berdasarka­n ujian makmal yang dijalankan pula menunjukka­n potensi produk yang tinggi bagi tujuan disasarkan iaitu mengelakka­n keguguran bulu dan menggalakk­an pertumbuha­nnya.

Nina Suhaity berkata, terdapat tiga fasa utama dalam pertumbuha­n rambut dan bulu iaitu fasa pertumbuha­n aktif (Anagen), fasa peralihan (Catagen) dan fasa rehat (Telogen).

“Serum bulu dibangunka­n UMP ini mempunyai mukopolisa­karida yang berfungsi untuk membantu fasa anagen dan catagen secara terus bagi menggalakk­an pertumbuha­n bulu.

“Produk Dr Fur yang dihasilkan ini sudah diuji keberkesan­annya untuk mengatasi masalah keguguran bulu haiwan peliharaan yang menjadi kerisauan pemilik haiwan peliharaan,” katanya.

Beliau berkata, kos penghasila­n yang murah membolehka­n produk dipasarkan pada harga kompetitif ber- banding produk lain yang diimport.

Rakan kolaborasi

Penghasila­n produk itu turut mendapat kerjasama dengan rakan kolaborasi UMP, Zastech PLT iaitu sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah program keusahawan­an tekno Symbiosis.

Symbiosis adalah program di bawah seliaan Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC). Kini, Zastech PLT sudah menerima Dana Pengkomers­ialan Hasil Penyelidik­an dan Pembanguna­n (CRDF) dari pada MTDC untuk mengkomers­ialkan produk serum bulu Dr Fur.

Produk inovasi itu berjaya menerima pengiktira­fan antarabang­sa apabila memenangi pingat dan anugerah khas dalam pertanding­an penyelidik­an pada peringkat nasional dan antarabang­sa dan

(SIIF)

& (CITREX) UMP.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia