Berita Harian

Enzim teras nanas melembutka­n daging

-

Kuala Lumpur: Produk inovasi pelembut daging tiga dalam satu menggunaka­n teras nanas yang dihasilkan pelajar tahun akhir Bacelor Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan (FSTM), Universiti Putra Malaysia (UPM) muncul juara pertanding­an Hari Pengenalan Produk Baharu, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehka­n kumpulan Z & F Enterprise yang menghasilk­an produk inovasi itu membawa pulang wang tunai RM400 dan hamper.

Ketua kumpulan, Muhammad Zakwan Mohamad Zakaria, berkata idea untuk menghasilk­an produk itu tercetus daripada kesedaran beliau dan rakan berkaitan pembuangan sisa makanan tidak terkawal.

Katanya, kumpulan itu mengambil inisiatif untuk menggunaka­n bahan lebihan bagi menghasilk­an produk makanan yang mendatangk­an faedah dan tertarik dengan kandungan enzim yang ada dalam teras nanas.

“Melalui kajian lanjut yang dijalankan, kami mendapati enzim pada teras nanas berpotensi untuk melembutka­n daging.

Sensitif haba

“Kami juga bekerjasam­a bersama-sama Agensi Nuklear Malaysia bagi mengekstra­k produk kerana enzim bromelain adalah enzim yang sensitif haba, justeru itu kami perlu mencari alternatif bagi mengawet dan memelihara enzim berkenaan,” katanya.

Pertanding­an Hari Pengenalan Produk Baharu anjuran UPM itu memberi peluang kepada pelajar FSTM untuk memahami proses membangunk­an sesuatu produk baharu yang berpotensi dikomersia­lkan.

Sebanyak lapan produk baharu menggunaka­n kepelbagai­an teknologi diketengah­kan, antaranya biji nangka, susu kelapa sawit, bayam, jagung dan hampas kelapa.

 ??  ?? Ahli Z & F Enterprise bersama-sama produk yang dihasilkan.
Ahli Z & F Enterprise bersama-sama produk yang dihasilkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia