Berita Harian

Kaunter serantau untung sederhana

-

Asia meraih keuntungan sederhana semalam, selepas sekumpulan syarikat Amerika Syarikat (AS) mencatat perolehan kukuh dan laporan pelan rancangan China membantu memacu pasaran.

Kelmarin, Beijing memberi gambaran bahawa ia akan beralih kepada dasar fiskal lebih longgar dalam usaha melindungi ekonomi kedua terbesar dunia itu daripada impak perang perdaganga­n dengan Washington.

Pengumuman itu menjadikan indeks utama Shanghai menokok 1.6 peratus pada Selasa, sementara yuan mencecah paras rendah 13 bulan berbanding dolar AS.

Kenaikan dalam saham Shanghai terhenti pada Rabu dengan pasaran susut 0.1 peratus, namun Hong Kong dan Singapura melonjak 1 peratus, manakala Tokyo menambah 0.5 peratus.

Pasaran Eropah kekal stabil pada pembukaan dagangan semalam, dengan Paris menambah 0.2 peratus dan London susut 0.1 peratus, manakala Frankfurt tidak berubah.

Pergerakan bercampur dalam pasaran hadir selepas penganalis­is memberi amaran bahawa pelabur masih menimbang implikasi perang dagangan antara Washington dengan rakan dagang utama, termasuk China dan Kesatuan Eropah (EU).

Cukai import

Selain menampan cukai import yang besar terhadap keluli dan aluminium dari EU, Kanada dan Mexico, Presiden Donald Trump mengenakan tarif 25 peratus ke atas AS$34 bilion (RM137.9 bilion) bagi produk China, yang mana ia menjejaska­n maklum balas dari Beijing.

Washington mengancam untuk mengenakan tarif kepada barangan bernilai AS$200 bilion (RM811.1 bilion) barangan China.

“Walaupun pelabur tetap yakin dengan perolehan dan ekonomi AS, ia menjadi semakin mencabar untuk kekal optimis, memandangk­an semua aliran berita geopolitik yang negatif kini terarah kepada kemungkina­n satu lagi pelaksanaa­n tarif AS$200 bilion akhir Ogos ini,” kata Ketua Pedagang Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes.

Sementara itu, harga kacang soya AS susut sekitar 20 peratus sejak Trump mengumumka­n pusingan pertama tarif pada Mac, tambah Innes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia