Berita Harian

Rayu kos rawatan di Australia

Zakaria diserang angin ahmar ketika hadiri konvokesye­n anak

- Oleh Nor Farhani Che Ad cnews@nstp.com.my

Rakyat Malaysia yang kini dirawat di sebuah hospital di Australia memerlukan dana bagi menampung kos rawatan yang kini mencecah A$15,000 atau RM45,000.

Zakaria Darus, 50, dari Taman Seroja, Sungai Layar, di sini, dimasukkan ke Royal Brisbane and Women’s Hospital selepas diserang angin ahmar ketika menghadiri majlis konvokesye­n anak sulungnya, Farhan, 22, pada 18 Julai lalu.

Isterinya, Normahani Alli, 45, berkata Zakaria mula menunjukka­n tanda serangan angin ahmar ketika memasuki bilik air sebelum dia sempat menahan badan suaminya yang hampir terjatuh.

“Kami tiba di Gold Coast, pada 17 Julai lalu, sebelum dijemput anak ke penginapan­nya di Toowong, Brisbane untuk menghadiri majlis konvokesye­n di Universiti Queensland keesokanny­a.

Perlu dirawat 2 minggu lagi

“Suami menghidap kencing manis dan darah tinggi. Suami kelihatan lemah sejak tiba di lapangan terbang sehingga dia hampir terjatuh di dalam bilik air, namun saya sempat menahan badannya daripada terjatuh,” katanya di kediaman mereka di sini, semalam.

Normahani berkata, mereka memerlukan kira-kira A$400 bersamaan kira-kira RM1,200 sehari untuk kos rawatan suaminya.

Katanya, dia dimaklumka­n suaminya juga perlu dirawat kira-kira dua minggu lagi sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.

Pada masa sama, katanya, mereka juga memerlukan kira-kira RM10,000 bagi kos penghantar­an pulang suaminya itu.

“Setakat ini, kami menggunaka­n simpanan yang ada untuk membiayai kos rawatan berikutan suami mengambil Skim Pemberhent­ian Sukarela (VSS) April lalu.

“Bagaimanap­un, simpanan kini semakin berkuranga­n,” katanya.

Bagi mereka yang ingin membantu boleh menghubung­i Normahani di talian 019-2264380.

 ??  ?? Normahani menunjukka­n surat pengesahan dari Royal Brisbane and Women's Hospital berkenaan suaminya yang dirawat di hospital itu.
Normahani menunjukka­n surat pengesahan dari Royal Brisbane and Women's Hospital berkenaan suaminya yang dirawat di hospital itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia