Berita Harian

KPDNHEP bekukan 72 akaun

Agensi serbu 16 premis di Perak, KL, rampas wang tunai asing

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Sebanyak 72 akaun bank membabitka­n sejumlah RM5.867 juta dibekukan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi membantu siasatan berhubung skim piramid dijalankan sebuah syarikat.

Pengarah Bahagian Penguatkua­sa KPDNHEP, Datuk Mohd Roslan Mahayudin, berkata akaun yang dibekukan itu terdiri daripada 25 akaun syarikat dan 47 akaun individu susulan serbuan Ops Coin ke atas 16 premis secara serentak jam 11 pagi, semalam.

Menurutnya, serbuan itu dijalankan di sebuah premis di Ipoh, Perak dan 15 lagi premis di sekitar Lembah Klang membabitka­n empat premis perniagaan, lapan kediaman dan tiga pusat (server) syarikat itu.

“Berikutan itu, kita merampas barangan seperti komputer dan pelbagai produk syarikat bernilai RM980,352 selain menyita wang tunai asing antaranya Euro, Yuan dan USD kirakira RM93,879.20.

“Kami turut membekukan proses dan transaksi pindah milik membabitka­n 26 buah kenderaan bernilai RM6.238 juta namun tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Media kelmarin melaporkan, sebuah syarikat multinasio­nal beribu pejabat di ibu negara diserbu penguatkua­sa KPDNHEP Putrajaya kerana disyaki terbabit menjalanka­n skim piramid.

Dalam serbuan kira-kira jam 11 pagi itu, ‘drama’ bermula apabila pihak kawalan keselamata­n premis di Jalan Jalil, Bukit Jalil itu enggan membuka pintu premis walaupun sudah menunggu hampir 10 minit.

Serbuan dijalankan pihak Pasukan Tindakan Khas Bahagian Penguatkua­sa KPDNHEP, Pasukan Penguatkua­sa Pemulihan Negara (NRRET) Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia, Cyber Security, Suruhanjay­a Syarikat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Syarikat diketuai Datuk Seri

Difahamkan, syarikat berkenaan yang diketuai seorang wanita bergelar Datuk Seri, menjalanka­n pelbagai perniagaan seperti telekomuni­kasi, hartanah, pelaburan, hiburan dan hospitalit­i, namun perniagaan mereka didapati menjalanka­n skim piramid.

Mohd Roslan berkata, tindakan serbuan terhadap syarikat itu susulan enam aduan diterima tahun lalu daripada orang awam dengan satu daripadany­a ialah penggunaan logo Bank Negara Malaysia.

“Pengasas syarikat ini memberikan kerjasama kepada kita berhubung siasatan yang dijalankan,” katanya.

Ditanya mengenai modus operandi, beliau berkata, seorang ahli yang menyertai skim berkenaan perlu mencari dua lagi pelabur di bawahnya dan seterusnya, setiap seorang pelabur baharu itu perlu mencari dua pelabur lain.

Katanya, lot yang ditawarkan berharga antara RM500 hingga RM5,000 dan pulangan diterima berdasarka­n jumlah pelaburan dibuat.

 ??  ?? Mohd Roslan (tengah) menunjukka­n carta skim piramid ketika sidang media Ops Coin di Putrajaya, semalam.
Mohd Roslan (tengah) menunjukka­n carta skim piramid ketika sidang media Ops Coin di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia