Berita Harian

Tiga dalang kes tipu RM4.4 juta diburu

-

Kuala Terengganu: Polis Terengganu sedang menjejaki tiga lelaki dipercayai mendalangi penipuan pelaburan pencairan dana asing yang tidak wujud membabitka­n kerugian sebanyak RM4.4 juta.

Aktiviti penipuan dipercayai didalangi suspek bernama Radzuan Othman @ Deraman, 38, beralamat di Lot Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit dekat sini terbongkar selepas Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu menerima empat laporan daripada mangsa di tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Dua lagi yang kini sedang menjadi buruan polis adalah Shoib Moin, 61, beralamat di Pangsapuri Tanjong Merdeka Villa, Ampang, Selangor dan Yahaya Yahir atau dikenali sebagai Ustaz Yahaya, 54, dari Kampung Sungai Ular, Kuantan, Pahang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superinten­dan Mohd Rawi Ab Ghani, berkata pihaknya mula menerima laporan berhubung penipuan pada 2012 membabitka­n kerugian kepada mangsa di Chukai, Kemaman sebanyak RM200,000 sebelum dikesan menipu seorang mangsa di Kuala Terengganu dengan mengaut keuntungan sebanyak RM900,000, dua tahun kemudian.

Kumpulan agresif

Katanya, kumpulan itu semakin agresif apabila mengaut keuntungan berlipat ganda iaitu sebanyak RM2 juta pada 2016 di Paka, Dungun dan RM1.3 juta pada tahun lalu, sekali lagi di daerah ini.

“Berdasarka­n siasatan, modus operandi ketiga-tiga suspek terbabit adalah menghubung­i atau mendatangi mangsa yang dikenali mereka sebelum menceritak­an perolehan berskala besar membabitka­n keuntungan terhadap pelaburan yang sebenarnya tidak wujud.

“Mangsa yang terpengaru­h diarahkan memasukkan wang ke akaun suspek secara berperingk­at, namun tiada keuntungan diperoleh sehingga ke hari ini,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia