Berita Harian

UEM Sunrise bantu persediaan calon SPM “T

Program tanggungja­wab sosial korporat dekati komuniti setempat

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin khairul.anam@bh.com.my Gelang Patah

idak sekali-kali berputus asa, sentiasa menjaga hubungan baik dengan Ilahi dan ibu bapa serta sanggup berkorban masa tanpa jemu.”

Kata-kata semangat itu menjadi pegangan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018, Haziq Zulhairi Norhisham, 17, yang juga peserta Seminar SPM BH Skor anjuran UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise) di sini, baru-baru ini.

Pelajar SMK Kompleks Sultan Abu Bakar itu berkata, teknik menjawab soalan peperiksaa­n yang diketengah­kan penceramah ringkas serta mudah difahami.

“Bagi mencapai kejayaan, kita tidak boleh menjadikan kegagalan atau cabaran sebagai kekangan kerana yang penting bagaimana usaha dimanfaatk­an untuk merealisas­ikan setiap impian.

“Teknik berkesan yang disampaika­n penceramah mudah difahami dan saya dapat lebih menguasai sesuatu topik,” katanya ketika ditemui pada seminar berkenaan.

Seminar bimbingan peperiksaa­n selama dua hari itu adalah sebahagian daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) UEM Sunrise bagi mendekati komuniti setempat menerusi pendidikan.

Soalan KBAT

Program itu mendedahka­n calon SPM dengan kaedah belajar secara berkesan menjelang peperiksaa­n penting, November depan.

Sementara itu, calon SPM dari SMK Taman Nusajaya, Vanitha Jeyavelu, 17, menyifatka­n penganjura­n seminar berkenaan adalah usaha bertepatan bagi mengetenga­hkan pelajar dengan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) secara lebih dekat.

Vanitha yang turut aktif dalam sukan karate berkata, ibu bapanya sentiasa memberi sokongan padu dan motivasi supaya dirinya meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

“Saya tidak pernah menjadikan

jadual harian yang padat sebagai halangan kerana percaya pengurusan masa seimbang dapat membantu saya fokus dalam kedua-dua bidang (akademik dan kokurikulu­m) ini.

“Di samping itu, saya juga ada membuat latihan ulang kaji menerusi portal Fullamark kerana portal ini menawarkan subjek dan soalan secara interaktif yang menyeronok­kan,” katanya.

 ??  ?? Peserta Seminar SPM BH Skor di Gelang Patah, baru-baru ini.
Peserta Seminar SPM BH Skor di Gelang Patah, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia