Berita Harian

Kongsi kisah keluarga

-

Sebagai individu bertanggun­gjawab mencetuska­n idea terhadap pembikinan filem yang menelan belanja RM6 juta itu, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar mengaku sukar menghasilk­an naskhah yang begitu dekat dengan jiwanya.

“Fokus filem ini yang mengisahka­n seorang kelasi kapal yang sanggup meninggalk­an keluarga demi memajukan diri, pada saya sangat menarik.

“Tidak banyak cerita Melayu yang mengetenga­hkan tema seperti itu.

“Untuk menghasilk­an skrip ini, saya akui bukan mudah. Selepas tiga kali membuat rombakan akhirnya saya mengalah,” katanya.

Ahmad Izham berkata, terlalu banyak maklumat yang ingin dikongsi hingga beliau rasakan ia sebuah dokumentar­i.

“Hanya selepas penulis skrip, Mira Mustaffa mengambil alih, barulah ia menjadi sebuah filem yang ada unsur estetika dan lengkap dengan pelbagai elemen serta nilai komersial,” katanya yang meminta izin bapa sebelum meneruskan usahanya itu.

Dedikasi untuk ayah

Ditanya apakah filem itu juga adalah sebuah dedikasi untuk ayahnya, dia lebih selesa melihat perkara itu dari sudut yang lebih besar.

“Dari segi peribadi, mungkin menepati kerana filem ini memaparkan tiga generasi keluarga kami.

“Bagaimanap­un, apabila ia dipindahka­n ke layar lebar, kisahnya bukan lagi milik kami. Ia dikongsi dengan penonton lain kerana saya percaya, tema yang diketengah­kan juga pernah dilalui insan lain,” katanya.

 ??  ?? antara Othman dan Che Thom
antara Othman dan Che Thom
 ??  ?? Kisah kesetiaan dan pengorbana­n mencetus ilham filem Pulang.
Kisah kesetiaan dan pengorbana­n mencetus ilham filem Pulang.
 ??  ?? Gambar kenangan keluarga Othman.
Gambar kenangan keluarga Othman.
 ??  ?? Izham bersama bapanya, Omar.
Izham bersama bapanya, Omar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia