Berita Harian

Khidmat guaman percuma bantu wanita tuntut hak

Bayaran mahal punca ramai isteri tak bertindak selepas cerai

- Oleh Nor Hatina Shuib

Bayaran guaman tinggi antara faktor mendorong ramai wanita tidak mendapatka­n khidmat profesiona­l berkenaan untuk mendapatka­n hak mereka.

Kekangan itu menyebabka­n mereka tidak memikirkan hak sepatutnya dituntut untuk meneruskan hidup dengan lebih selesa selepas berlaku perceraian.

Prihatin dengan isu berkaitan, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, menggesa wanita terbabit perlu tampil mendapatka­n khidmat profesiona­l menuntut hak mereka.

Beliau berkata, ramai wanita berhadapan situasi getir ditinggalk­an tanpa sebarang nafkah, selain digantung tidak bertali berpuluh tahun.

“Alasan tidak menuntut hak antaranya disebabkan kekangan wang, terutama kos bayaran peguam yang dianggap begitu membebanka­n.

“Secara dasarnya, isu ini tidak timbul kerana ada agensi menyediaka­n khidmat guaman percuma kepada mereka yang memerlukan menerusi Biro Bantuan Guaman,” katanya.

Setiap kali berlaku perceraian, Suzana berkata, wanita memerlukan sokongan untuk bangkit meneruskan hidup bersama anak.

Pada masa sama juga, beliau berkata, mereka turut memikirkan bagaimana hendak menuntut harta sepencaria­n dan hak penjagaan anak, tetapi runsing memikirkan kos guaman, lantas hasrat menegakkan hak terhenti begitu saja.

“Yuran guaman tinggi dan tidak mengetahui saluran yang memudahkan proses perceraian, membuatkan wanita membiarkan diri ditindas dan dizalimi suami,” katanya.

Suzana yang juga pengamal khidmat nasihat dan rundingan guaman berpengala­man lebih 20 tahun, berkata bagi menangani perkara itu, beliau mengambil inisiatif menawarkan khidmat rundingan dengan yuran di antara RM140 hingga RM190 seumur hidup.

Bimbing wanita fahami hak

Beliau berkata, khidmat itu membimbing wanita memahami undang-undang dan hak mereka. Mereka dibimbing mengemukak­an permohonan tuntutan kepada suami mahupun bekas suami yang cuai melaksanak­an tanggungja­wab.

Sejak perkhidmat­an rundingan berkenaan ditawarkan 10 tahun lalu, Suzana berkata, ratusan wanita berjaya menuntut hak mereka menerusi peruntukan undang-undang syariah.

“Saya menawarkan khidmat seumpama ini kerana pernah diduga ujian kegagalan rumah tangga, termasuk berhadapan masalah kewangan.

“Disebabkan mempunyai ilmu dalam bidang guaman syarie, saya dapat selesaikan kes dengan mudah. Ketika itulah, Allah berikan kekuatan untuk membantu lebih ramai wanita teraniaya,” katanya.

Bagi memenuhi keperluan itu, Suzana berkata, pihaknya bukan sekadar menawarkan khidmat rundingan bersemuka, malah perbincang­an menerusi aplikasi media sosial juga ditawarkan.

“Purata kes dikendalik­an sehari sekitar tiga hingga empat. Semua kes dirujuk selesai menerusi kaedah berdamai semula, berpisah dan mengemukak­an tuntutan ke mahkamah syariah,” katanya.

Khidmat rundingan yang ditawarkan antaranya memberi cadangan menyelesai­kan masalah berdasarka­n faktor perundanga­n, hukum syarak dan sokongan moral.

Bimbingan lain katanya, termasuk khidmat prosedur mahkamah syariah dengan mendapatka­n maklumat secara terperinci sebelum meneruskan tuntutan. Ini termasuk khidmat menyedia dan melengkapk­an dokumentas­i sebelum meneruskan sesuatu kes.

“Program lain termasuk menganjurk­an mengadakan kursus berkaitan topik perkahwina­n, kekeluarga­an dan perundanga­n.

“Sepanjang menawarkan perkhidmat­an ini, kes paling tinggi membabitka­n pasangan curang, antaranya suami mempunyai hubungan tanpa nikah,” katanya.

Saya menawarkan khidmat seumpama ini kerana pernah diduga ujian kegagalan rumah tangga, termasuk berhadapan masalah kewangan. Disebabkan mempunyai ilmu dalam bidang guaman syarie, saya dapat selesaikan kes dengan mudah. Ketika itulah, Allah berikan kekuatan untuk membantu lebih ramai wanita teraniaya” Suzana Ghazali, Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia