Berita Harian

Promosi maya bolehkan usahawan optimum waktu anjal

-

Kuala Lumpur: Penyertaan lebih ramai wanita dalam bidang perniagaan dilihat sebagai penanda aras kematangan mereka menceburi bidang mencabar, selain menguntung­kan.

Pelbagai faktor mendorong mereka terus cekal menguruska­n perniagaan selain belajar menerusi pelbagai saluran termasuk menyertai kursus keusahawan­an.

Pengasas bersama produk kecantikan Kate Cosmetics, Aishah Salleh, berkata permintaan produk kosmetik sentiasa menggalakk­an, faktor ini memberi peluang pihaknya meneroka pasaran itu.

Beliau berkata, permintaan berterusan menerusi pelbagai saluran sama ada secara jualan terus mahupun dalam talian.

Katanya, promosi secara maya ini memberi peluang usahawan wanita mengoptimu­mkan waktu pengurusan secara anjal.

Mereka boleh mengurus rumah tangga dan pada masa sama, menjalanka­n perniagaan.

“Risikonya rendah dan tidak perlu mengupah ramai pekerja,” katanya ketika ditemui di Studio BH, di sini, baru-baru ini.

Koleksi gincu matte 3 warna

Aishah turut menjalanka­n perniagaan bersama rakan kongsinya, Ira Taharin dengan menawarkan koleksi gincu tiga warna iaitu peach, pinky dan reddish.

Beliau berkata, ketiga-tiga pilihan produk itu memberikan sapuan lebih tahan lama.

“Kerjaya sebagai bekas model membolehka­n saya mendalami pasaran kosmetik dan rakan pula berpengala­man luas dalam bidang kecantikan, selain mengendali­kan salun,” katanya.

Bagi memenuhi pasaran semasa, Aishah berkata, produk kecantikan perlukan bahan asas berkualiti menerusi proses penyelidik­an dan pembanguna­n sebelum dipasarkan. Ini bagi memastikan produk selamat kepada pengguna.

“Bagi proses membuat gincu, sebagai contoh, bahan semula jadi seperti shea butter dan minyak zaitun penting bagi mengelak kesan sampingan, terutama bagi pelanggan yang mempunyai tekstur kulit bibir kering.

“Kami sudah memasarkan lebih 2,000 gincu menerusi 10 wakil jualan di beberapa negeri. Sasaran jualan akan diluaskan ke beberapa negara jiran hujung tahun ini,” katanya.

 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Aishah (kiri) dan Ira bersama produk gincu matte keluaran syarikat mereka, Kate Cosmetics.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Aishah (kiri) dan Ira bersama produk gincu matte keluaran syarikat mereka, Kate Cosmetics.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia