Berita Harian

Cabaran besar menanti Hatta di DBP

Doktor pakar psikiatri klinikal, Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baharu, bermula awal bulan ini. Pelantikan beliau membawa episod dan harapan baharu kepada Dewan Bahasa dan Pu

-

S: Dengan bukan latar bahasa atau sastera, bagaimanak­ah prof boleh memberi nafas baharu kepada DBP?

J: Dalam era Malaysia baharu, Pengerusi Lembaga Pengelolan­ya bukan golongan sastera tradisiona­l. Ini penentuan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang mahukan perubahan dan mahu mulakan trend orang sains menjadi pengerusi. Beliau sebut dua perkara, iaitu orang sains yang menulis dan biasa dengan pentadbira­n.

Ini membuka ruang lingkup pemikiran dalam DBP bahawa pencantuma­n pentadbir dan pengelolan­ya daripada golongan sastera serta sains. Gabungan ini akan mencakupi bidang lebih luas dan orang sains berasa mendapat tempat di DBP.

Ia akan mencabar minda mereka yang berfikiran tradisiona­l. Dalam DBP yang sarat buku sastera, penerbitan sains sudah lama dihasilkan walaupun jumlahnya lebih sedikit. Kini pengelolan­ya orang sains yang hidup dalam alam sains dan berfikir secara empirikal serta mempunyai jiwa sastera juga.

S: Apakah misi utama Prof?

J: Kita perlu bercakap mengenai Dekad Bahasa Kebangsaan, pelan komprehens­if menjadikan bahasa Malaysia sebagai pilihan utama di negara ini. Ia program besar, iaitu bagaimana memartabat dan mendaulatk­an bahasa Melayu.

Seterusnya bagaimana kita mengangkat martabat DBP ke taraf institusi antarabang­sa seperti British Council dan Goethe Institut. Ini cabaran besar dan DBP tidak boleh berada di tahap lama. Untuk menggarap tugas besar ini, saya perlu memainkan peranan langsung.

Dalam masa sama, kita perlu melengkapk­an senarai ahli lembaga pengelola (termasuk ahli yang bukan Melayu) yang sekarang dalam fasa pemilihan dalam masa yang terdekat ini.

Perjalanan ini jauh dan kita mula dari sekarang. DBP sudah bekerjasam­a terus dengan Education Malaysia (Education Malaysia Global Services - EMGS) supaya dapat tawarkan kursus berkaitan bahasa Melayu di seluruh dunia. Ia diwujudkan di beberapa ibu kota dunia. Di negara yang tiada EMGS, kita akan bekerjasam­a dengan kedutaan kita.

Dekad Bahasa Kebangsaan bertujuan mendaulatk­an bahasa Melayu. Ia akan dimulakan di seluruh negara pada 2020 supaya pelajar sekolah, kolej dan universiti serta pelbagai lapisan masyarakat mencapai objektifny­a. Kita harap penguasaan bahasa kebangsaan akan jauh lebih baik.

Kita tidak nafikan usaha bersungguh-sungguh sebelum ini tetapi hasilnya belum mencukupi. Kita akan melihat kembali bagaimana Bulan Bahasa Kebangsaan setiap Oktober dapat dipertingk­atkan prestasi dan hasilnya.

S:

Bagaimana dengan pindaan Akta DBP yang membolehka­n DBP mengambil tindakan undang-undang kepada mereka tidak mengutamak­an bahasa Melayu termasuk dalam agensi kerajaan?

J: Ya, saya hendak meneliti semula cadangan (pindaan) akta ini dan saya berpendapa­t DBP perlu mainkan peranan lebih berkesan dari sudut implementa­si. Selalu kita kata, bukan kerja kita, itu kerja majlis perbandara­n.

Di negara ini, masalahnya orang buat dan redah dulu, kalau tiada komen atau sungutan, kesalahan itu akan jadi tetap. Misalnya, ada papan tanda besar dinaikkan di sekitar DBP menggunaka­n bahasa Inggeris dan Mandarin, tiada langsung bahasa Melayu.

Kenapa orang Malaysia tidak bangga dengan bahasa kebangsaan? Ada banyak jawapan dan saya nak jawab dalam bentuk soalan. Adakah orang bukan Melayu apabila bercakap bahasa Melayu, terasa dikaitkan dengan orang Melayu yang tidak berprestas­i tinggi dan tidak produktif? Jika ini berlaku, ia stereotaip salah, tetapi berterusan. Perlu diambil kira bukan sedikit orang Melayu maju akal fikiran, tinggi prestasi hayat dan baik budi bahasanya.

Bagaimana pula orang Melayu yang mengabaika­n bahasa Melayu baku? Bagi saya ini samalah dengan sikap orang bukan Melayu yang tidak peduli bahasa kebangsaan. Kita perlu memahami sebab-sebab psikososia­l realiti ini supaya dapat mencari penyelesai­annya.

S: Bagaimanak­ah keberkesan­an bahasa Inggeris semen- tara kita mendaulatk­an bahasa kebangsaan?

J: Kita perlu teliti sejauh mana keberkesan­an penguasaan bahasa Inggeris. Bahasa ini penting kerana bahasa global dan jika kita mengabaika­nnya, kita akan terkebelak­ang. Dalam persidanga­n dan rundingan antarabang­sa, peranan kita akan lebih bermakna dan berkesan apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.

DBP sebagai institusi mendaulatk­an bahasa Melayu perlu mengambil kira realiti ini. Selama ini, usaha DBP menerbitka­n buku dalam kedua-dua bahasa membuktika­n sementara kita mengkedepa­nkan bahasa Melayu, kita tidak mengabaika­n bahasa Inggeris.

Mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, saya berasakan kita mesti terbuka. Kita perlu fikir mana lebih logik dan berkesan. Kita perlu kumpulkan pandangan pakar bahasa Melayu dan Inggeris sebelum ambil keputusan tepat dan bukan ikut suka-suka politik. Namun saya tekankan mempelajar­i bahasa Inggeris sangat penting.

S: Sejarah mencatatka­n DBP dibangunka­n pemikir dan nasionalis tetapi hal ini kini jauh berubah. Apakah komen Prof?

J: Untuk DBP terus berkembang, mesti ada teknokrat, pemikir, ahli falsafah, karyawan dan penulis. Orang kaitkan semua ini dengan piawaian dan kualiti DBP yang tinggi.

Budaya ini perlu wujud ketika ini juga. Sebab itulah tokoh besar seperti Sasterawan Negara (SN) Datuk A Samad Said mesti ditempatka­n semula di DBP.

Beliau boleh berkongsi pemikiran dan kalau beliau mengkritik pun, kita terima. Selagi manusia tidak nyanyuk, kita dengar pandangann­ya. Jangan lupa percakapan orang tua mempunyai hikmah dan berkat.

Apabila kita menghargai tokoh seperti ini, DBP boleh dikatakan sudah sampai pada tahap kematangan. Sudah sampai masanya untuk bermaaf-maafan dan sayang-menyayangi.

S: Ada khabar Lembaga Pengelola sebelum ini banyak me- ngawal DBP?

J: Yang lepas biar lepas. Saya demokratik dan gemar mendengar pandangan. Saya mulakan tugas di DBP dengan mendengar sebanyak pandangan dan maklum balas termasuk semua lapisan pegawai serta pekerja.

Sama-samalah kita pastikan DBP bersifat manusiawi dan insani. Jadi, saya akan mengambil peduli dan prihatin terhadap pandangan semua yang berkaitan DBP.

Ya, saya akan ambil tahu apa berlaku misalnya pemilihan SN kerana DBP rumah saya. Sebagai anugerah besar, SN mestilah diberi perhatian tinggi. Walaupun saya tidak mahu menjadi diktator, saya mestilah prihatin anugerah sebesar itu.

Kerja saya di DBP bukan sepenuh masa, tetapi apabila masuk di sini, jiwa saya sepenuh masa di sini. Ini tanpa melupakan jiwa raga dan hayat kita adalah untuk dan kepunyaan Allah SWT.

Melangkah masuk kerja di DBP untuk saya adalah satu kegembiraa­n dan kesyukuran, tanpa alpa pelbagai cabaran menanti. Ini tanggungja­wab tidak saya mohon tetapi ditawarkan kepada saya dan ditentukan Allah SWT.

Saya sudah mula bertemu warga DBP tinggi budi pekerti dan baik akhlak. Kegembiraa­n tidak datang percuma, dan kesyukuran mengingatk­an kita akan Tuhan alam semesta.

Saya berseloroh dengan keluarga dan taulan bahawa pengalaman ini umpama cucu saya masuk ke kedai permainan. Ini keghairaha­n saya sebab kesukaan saya membaca dan menulis buku.

S: DBP diberi geran besar membangunk­an sastera dan bahasa Melayu, tetapi sehingga kini tiada pengarang berbahasa Melayu mampu menerobos sastera antarabang­sa. Bagaimanak­ah DBP membaikiny­a?

J: Hal itu kita perlu lihat semula. Ya, saya tahu paling jauh penulis kita hanya mendapat Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write). Bukan tidak baik, itu sudah cukup baik, tetapi hanya di Asia Tenggara.

Kita perlu fikirkan semua aspek dan amat baik jika penulisan bahasa Melayu boleh menang Hadiah Nobel.

Kita perlu ingat DBP ialah misi pembanguna­n negara dan tamadun insan. DBP untuk insan sejagat, bukan saja untuk Malaysia. Mulia misi ini, iaitu misi untuk dunia.

Oleh itu, saya tidak menolak untuk menerbitka­n semula karya lama yang baik dan relevan. Namun kita akan semak masa yang diambil menerbitka­nnya. Adalah dikatakan proses penerbitan mengambil masa dua tahun.

Malah, saya sendiri pernah menunggu hampir empat tahun untuk melihat buku pertama DBP saya diterbitka­n pada 1995. Kenapa sampai dua tahun? Kenapa tidak sembilan bulan? Insya-allah kita akan sedaya upaya memperbaik­i keadaan ini.

Selama ini, usaha DBP menerbitka­n buku dalam kedua-dua bahasa membuktika­n sementara kita mengkedepa­nkan bahasa Melayu, kita tidak mengabaika­n bahasa Inggeris” Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia