Berita Harian

Dikesan 24 jam sebelum runtuh

Firma Korea Selatan segera pindahkan penduduk kampung dari zon bahaya

-

Dua firma Korea Selatan yang terbabit dalam projek pembinaan empangan hidroelekt­rik di Laos berkata kerosakan dilaporkan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum bencana itu berlaku. Dalam tragedi itu, jumlah angka korban dilaporkan meningkat kepada 26 orang dengan 131 mangsa dilaporkan masih hilang.

Syarikat SK Engineerin­g & Constructi­on berkata mereka dapat mengesan struktur pada bahagian atas empangan berkenaan hanyut sekitar jam 9 malam pada hari Ahad.

“Kami segera melaporkan perkembang­an itu kepada pihak berkuasa dan mula memindahka­n penduduk daripada kawasan perkampung­an mereka,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in yang menyuaraka­n rasa sedih atas insiden itu mengarahka­n pasukan bantuan kecemasan dihantar membantu operasi mencari mangsa dan kerja pemulihan di kawasan terbabit.

“Walaupun kita masih mencari punca kejadian di empangan ini, kerajaan kami harus terbabit secara aktif dalam usaha menyelamat tanpa melengahka­n masa kerana syarikat dari negara kami terbabit dalam pembinaan,” kata Moon, semalam.

17 mayat ditemui

Air dilepaskan kelmarin selepas beberapa bahagian empangan Xe-namnoy dihanyutka­n, membanjiri beberapa kampung dengan ratusan dikhuatiri hilang.

Pegawai konsular Thailand dalam operasi menyelamat di wilayah Attapeu berkata, 17 mayat sudah ditemui.

“Namun kami tidak dapat memastikan jumlah yang hilang,” kata Chana Miencharoe­n, menambah paras banjir menyukarka­n usaha menyelamat.

Rakaman di televisyen menunjukka­n penduduk berkumpul di atas bumbung ketika air berlumpur beberapa meter tinggi berputar tidak jauh di bawah.

“Semua yang terbunuh ialah rakyat Laos, lebih 6,000 penduduk di lapan kampung berhampira­n empangan itu terjejas,” katanya.

Negara miskin yang mempunyai banyak sumber semula jadi, Loas mahu menjadi ‘Bateri Asia’ yang membolehka­n puluhan projek empangan dibiayai firma luar dijalankan di seluruh rangkaian sungai.

Agens/afp

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Penduduk yang dipindahka­n dari kawasan bahaya tiba ke zon selamat menggunaka­n bot di wilayah Attapeu, semalam.
[ FOTO AFP ] Penduduk yang dipindahka­n dari kawasan bahaya tiba ke zon selamat menggunaka­n bot di wilayah Attapeu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia