Berita Harian

Ivanka tutup jenama fesyen

-

New York: Anak perempuan Presiden Donald Trump, Ivanka mengumumka­n keputusann­ya untuk menamatkan operasi jenama fesyennya, susulan kritikan wujudnya konflik kepentinga­n, selain masalah jualan yang merudum akibat tindak balas politik.

Ivanka, 36, sering dirakam jurugambar memakai kasut menggunaka­n jenama fesyen miliknya, melepaskan jawatan di syarikat itu untuk bekerja di Rumah Putih sebagai penasihat bapanya, tetapi beliau dilaporkan terus meraih keuntungan daripada label terbabit.

Walaupun, jenama pakaian, kasut dan aksesori syarikat itu mencatatka­n lonjakan jualan pada 2016, iaitu ketika Trump memenangi jawatan Presiden Amerika Syarikat, ia terjejas teruk sebaik sahaja beliau memasuki Rumah Putih, selain akibat peningkata­n rangkaian kedai runcit.

Sering ke luar negara

Sebagai anak presiden, Ivanka sering bertugas di luar negara sebagai wakil Amerika Syarikat, termasuk mengadakan pertemuan dengan ketua negara, sekali gus mencetuska­n spekulasi beliau mungkin mengambil kesempatan itu untuk memenuhi cita-cita peribadiny­a dalam bidang politik.

“Selepas 17 bulan di Washington, saya tidak tahu bila atau sama ada saya akan kembali terbabit dalam perniagaan, tetapi yang pasti fokus saya pada masa akan datang tertumpu kepada tugas yang sedang saya lakukan di Washington.

“Jadi, keputusan ini adalah yang terbaik dan adil bagi pasukan saya dan rakan kongsi.

“Saya tahu setiap daripada mereka akan terus berjuang untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Ivanka Trump, Pemilik jenama fesyen
[FOTO REUTERS] Ivanka Trump, Pemilik jenama fesyen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia