Berita Harian

Real cuba pancing Lloris

Penjaga gol Spurs, Perancis dijangka ditawar RM320 juta

-

Kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid cuba memancing khidmat penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris dengan nilai 60 juta pound (RM320 juta).

Gergasi Sepanyol itu mahukan penjaga gol yang memenangi Piala Dunia bersama Perancis itu sebagai pengganti buat penjaga gol Costa Rica, Keylor Navas.

Penjaga gol itu masih memiliki kontrak empat tahun bersama Tottenham dan Real mengakui mereka perlu memberikan tawaran lebih lumayan bagi memastikan perpindaha­n dapat dijalankan.

Sumber terdekat dengan Lloris menyatakan dia bersedia berhijrah ke Sepanyol, namun dia tidak akan memaksa sebarang perpindaha­n keluar dari kelab London Utara itu.

Sukar berunding

Bagaimanap­un, pengerusi Tottenham, Daniel Levy adalah seorang yang sukar untuk dibawa berunding.

Meskipun dia bersetuju untuk melepaskan penjaga gawang itu, Levy sudah tentu mahukan nilainya setara dengan rekod perpindaha­n 67 juta pound (RM358 juta) yang dibayar Liverpool bagi mendapatka­n penjaga gol Roma, Alisson Becker, minggu lalu.

Real Madrid sudah lama berminat dengan penjaga gol Sepanyol, David de Gea namun, dia baru saja menandatan­gani kontrak baharu selama lima tahun, bulan lalu.

Mereka juga berminat mendapatka­n penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois yang bernilai 50 juta pound (RM267 juta) sekiranya Tottenham enggan melepaskan Lloris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia