Berita Harian

Mourinho resah suntuk masa persiap pasukan

-

Los Angeles: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho (gambar) berkata, mereka akan memulakan cabaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan serba kekurangan.

Cuti rehat selepas tamat Piala Dunia menyebabka­n dia kesuntukan masa mempersiap­kan pasukan dengan skuad penuh berbanding pasukan pencabar.

United memanaskan badan bagi menghadapi musim baharu dengan menyertai Kejohanan Piala Antarabang­sa menentang AC Milan semalam tanpa ramai tonggak utama.

Menurut jurulatih Portugal itu, sesi latihan tanpa skuad penuh boleh menjejaska­n prestasi pasukan apabila United menentang Leicester City di tempat sendiri pada 10 Ogos dan berkunjung ke Brighton & Hove Albion (19 Ogos) dalam dua aksi pertama liga musim ini.

Pulang lebih awal

"Perlawanan pertama menentang Leicester dan kedua menentang Brighton. Leicester, jika saya tak silap, hanya (Harry) Maguire dan (Jamie) Vardy beraksi di peringkat akhir Piala Dunia kerana penjaga gol (Kasper) Schmeichel pulang lebih awal,” kata Mourinho kepada wartawan di UCLA.

"Jadi saya rasa, pasukan yang sudah bersama enam minggu minimum dengan semua pemain kecuali seorang pertahanan tengah dan penyerang yang menyertai mereka minggu lalu sudah cukup baik,” katanya.

"Brighton pula, saya fikir mereka tiada masalah dengan banyak aksi pramusim dan latihan.”

Pemain yang mara ke separuh akhir dan final Piala Dunia dikecualik­an daripada beraksi di Piala Antarabang­sa kerana mendapat cuti mandatori. Perancis menewaskan Croatia di final sementara Belgium di tempat ketiga mengatasi England.

Ini bermakna pemain tengah Perancis, Paul Pogba dan penyerang Belgium, Romelu Lukaku di antara 11 pemain senior yang tidak bersama United di sini.

"Sudah tentu aksi menentang Leicester dan Brighton tidak berapa bagus untuk kami. Mungkin selepas tiga minggu baru okey,” kata Mourinho.

"Tetapi kami perlu meraih mata dalam dua perlawanan itu dengan pemain yang ada.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia