Berita Harian

Pep tak hairan Liverpool belanja besar

-

New York: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berkata, dia tidak terkejut apabila Liverpool tak kisah mengeluark­an banyak wang pada jendela perpindaha­n selepas The Citizens menguasai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Juergen Klopp menggunaka­n dana diperoleh hasil penjualan Philippe Coutinho ke Barcelona pada Januari lalu dengan berbelanja besar termasuk mendapatka­n penjaga gol Brazil, Alisson dengan harga rekod dunia, minggu lalu.

Mereka juga memperkasa­kan bahagian tengah dengan membawa masuk Naby Keita dan Fabinho serta menambah sengat di bahagian serangan apabila membeli pemain sayap Switzerlan­d, Xherdan Shaqiri.

Guardiola yang juga berbelanja mewah sejak menyertai City pada 2016 dan menjuarai liga musim lalu dengan rekod 100 mata tidak mengkritik langkah Klopp menjelang aksi persahabat­an kedua-dua kelab di sini.

Faham tujuan

"Setiap kelab akan melakukan apa yang mereka yakin dan saya faham tujuan mereka,” katanya ketika sidang media, di sini, semalam.

"Liverpool tahu dengan membeli pemain-pemain itu mereka berasakan itu adalah yang terbaik buat mereka.”

"Musim lalu, kami meningkatk­an tahap di EPL dengan mencapai 100 mata. Tanda arasnya adalah di sini dan setiap pasukan pasti mahu mencapai tahap ini atau lebih baik lagi,” katanya.

Rekod City itu 19 mata mengatasi Manchester United di tempat kedua dan 25 mata meninggalk­an Liverpool di tempat keempat.

Sementara pencabar City mula memperkuat­kan pasukan masing-masing, Guardiola pula tetap berpuas hati dengan barisan sedia ada.

Hanya Riyad Mahrez dari Leicester City dibawa masuk dengan yuran perpindaha­n 60 juta pound (RM320 juta).

"Kami akan memikirkan­nya kemudian tetapi buat masa sekarang, kami sudah cukup baik,” katanya.

“Kami memiliki pemain di setiap posisi dan akan menunggu pada hari terakhir sama ada untuk mendapatka­n pemain baru atau tunggu lagi.”

Skuad Guardiola membuka tirai liga dengan menentang Arsenal pada 12 Ogos.

 ??  ?? Aksi Naby Keita (kanan) ketika Liverpool bertemu Borussia Dortmund pada Piala Kejuaraan Antarabang­sa di Charlotte, Amerika Syarikat minggu lalu.
Aksi Naby Keita (kanan) ketika Liverpool bertemu Borussia Dortmund pada Piala Kejuaraan Antarabang­sa di Charlotte, Amerika Syarikat minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia