Berita Harian

Barcelona sambar penyerang Brazil

-

Madrid: Barcelona mendapatka­n penyerang Brazil, Malcom dengan harga 41 juta euro (RM194 juta) daripada Bordeaux dengan kontrak lima tahun walaupun sebelum itu kelab Serie A, AS Roma lebih dulu hampir ‘menggengga­m’ pemain itu daripada kelab Perancis.

Pemain berusia 21 tahun itu sepatutnya menyertai Roma minggu ini tetapi media melaporkan tawaran saat akhir Barcelona mengubah minda Malcom dan kini menjadi pemain baharu ketiga Barca pada jendela perpindaha­n pemain.

“Perasaan yang sangat unik,” katanya di pejabat Barca, kelmarin.

“Saya sangat gembira. Ini adalah impian saya sejak kecil untuk menjadi sebahagian daripada pemain kelab terhebat di dunia dan saya berharap dapat menggembir­akan penyokong,” katanya ketika ditemurama­h dalam laman web kelab.

Tak puas hati

Sementara itu Pengarah Sukan, Monchi dalam laman web Roma menjelaska­n rasa tidak puas hati mereka.

“Kami memikirkan pilihan lain dan melihat kemungkina­n membabitka­n aspek perundanga­n. Memang benar, tiada apaapa ditandatan­gani tetapi terdapat banyak mesej di antara kami, ejen dan presiden mereka yang boleh membantu kami,” katanya.

Media melaporkan destinasi Malcom berubah selepas usaha Barca mendapatka­n pemain Brazil, Willian dari Chelsea gagal.

“Malcom akan menjalani ujian perubatan hari ini dan terus menyertai kelab menghadapi saingan Jelajah Amerika Syarikat,” menurut jurucakap juara Sepanyol itu.

Malcom menyertai Bordeaux dari kelab Brazil, Corinthian­s pada Januari 2016 dan menjaringk­an 23 gol daripada 96 perlawanan bersama kelab itu.

Dia pemain Brazil kedua dibeli Barca selepas mendapatka­n pemain berusia 21 tahun, Arthur dari Gremio. Sebelum itu Barcelona menandatan­gani pertahanan Perancis berusia 23 tahun, Clement Lenglet dari Sevilla awal bulan ini. REUTERS

 ??  ?? Malcom
Malcom

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia