Berita Harian

Jurulatih Jerman terkejut Ozil bersara

-

Berlin: Tindakan Mesut Ozil bersara daripada saingan bola sepak antarabang­sa ternyata mengejutka­n ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Loew sedang bercuti di Sardinia apabila berita mengenai persaraan Ozil heboh diperkatak­an kelmarin dan beliau hanya mengetahui­nya apabila pemain tengah Arsenal itu mengeluark­an kenyataan menerusi Twitter dan Instagram.

“Baik saya mahu pun ketua jurulatih, kami tidak diberitahu mengenainy­a lebih awal,” kata ejen Loew, Harun Arslan yang mengesahka­nnya kepada akhbar Jerman Bild.

Ozil, 29, mencetus gempar apabila mengumumka­n persaraann­ya daripada tugasan bersama Jerman dan mendakwa Presiden FA Jerman, Reinhard Grindel, bersikap rasis.

“Di mata Grindel dan pe kongnya, saya seorang Jerman apabila kami menang tetapi saya seorang imigran apabila kami kalah,” kata Ozil dalam kenyataan perpisahan­nya.

Ozil yang menjuarai Piala Dunia 2014 dilahirkan di Gelsenkirc­hen tetapi berketurun­an Turki.

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) kelmarin menafikan dak waan Ozil mengenai sikap per kauman, namun kes berkenaan menjejaska­n reputasi badan induk bola sepak negara itu.

Grindel patut undur

Kaji selidik dalam talian mem babitkan 5,000 penduduk Jerman menunjukka­n 49.7 peratus berpendapa­t Grindel patut meletak jawatan.

Ozil berkata dia meninggalk­an Jerman susulan kekecohan yang berpunca daripada pertemuann­ya dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menjelang Piala Dunia ketika Grindel gagal membelanya sewaktu berdepan kritikan.

Apabila Jerman tersingkir daripada Piala Dunia di Russia selepas peringkat kalah mati, Ozil dijadikan kambing hitam oleh segelintir pengkritik di dalam skuad pemain senior yang gagal mempamerka­n aksi cemerlang.

Sementara itu di Singapura, pengurus baharu Arsenal, Unai Emery berkata, dia menghormat­i keputusan Ozil itu.

“Itu adalah keputusan peribadi dan saya menghormat­inya,” kata Emery kepada wartawan sehari sebelum Arsenal menentang Atletico

“Arsenal seperti rumahnya sendiri. Kami seperti keluarga dan akan terus membantuny­a berasa selesa,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia