Berita Harian

Tiga nama dalam radar

Chin Chai sahkan Misbun sedang nilai ketiga-tiga pemain

- Oleh Helmi Talkah

Ketiadaan Datuk Lee Chong Wei daripada skuad negara ke Sukan Asia 2018 akibat masalah ke sihatan membuka peluang ke lah dengan sasaran sekurangku­rangnya menyamai pencapaian empat tahun lalu apabila meraih gangsa acara berpasukan.

Untuk itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melaungkan cabaran kepada pemain muda membuktika­n kemampuan sebenar sekali gus menghadiah­kan kejayaan buat Chong Wei yang terpaksa berehat sekurang-kurangnya sebulan selepas disahkan mengalami masalah pernafasan.

Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai, berkata ketua jurulatih perseorang­an lelaki, Datuk Misbun Sidek ketika ini sedang membuat penilaian bagi menyenarai­kan pengganti bagi membawa cabaran ke temasya di Jakarta-palembang bermula 19 hingga 29 Ogos.

“Kami dibenarkan untuk menyenarai­kan pengganti kepada Chong Wei berdasarka­n senarai panjang yang dihantar kepada MOM (Majlis Olimpik Malaysia) sebelum ini. Ada tiga pemain yang boleh dipertimba­ngkan iaitu Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Lim Chi Wing dan Tan Jia Wei.

“Jadi, kami menunggu keputusan daripada Misbun dan jika cadanganny­a munasabah, kami akan ikut. Ketiadaan Chong Wei sudah pastinya memberi tamparan kepada skuad badminton negara kerana dia adalah pemain yang berpotensi menyumbang pingat untuk acara perseorang­an lelaki dan membantu pasukan kita dalam acara berpasukan.

Bawah 21 tahun

“Namun, ketiadaann­ya juga membuka peluang kepada pemain muda untuk menyerlah. Jika kita lihat, pemain perseorang­an lelaki yang kita senaraikan rata-rata berusia di bawah 21 tahun.

“Ini satu cabaran untuk mereka dan mereka perlu galas cabaran ini demi ‘abang besar’ (Chong Wei) mereka,” kata Chin Chai ketika sidang media di Akademi Badminton Malaysia Bukit Kiara, dekat sini, semalam.

Sebagai rekod, pada edisi empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan, skuad badminton negara berjaya meraih gangsa acara berpasukan dan perseorang­an lelaki menerusi Chong Wei.

Pemain perseorang­an lelaki yang disenaraik­an sebelum ini ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Soong Joo Ven selain beregu, Goh V Shem-tan Wee Kiong, Teo Ee Yi-ong Yew Sin, Chan Peng Soon-goh Soon Huat.

Dalam perkembang­an lain, Chin Chai turut memaklumka­n BAM tidak dibenarkan menyenarai­kan pemain lain bagi menggantik­an Chong Wei pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang akan bermula Isnin ini berdasarka­n peraturan yang ditetapkan Persekutua­n Badminton Dunia (BWF).

“Berdasarka­n peraturan BWF, tiada mana-mana pemain tidak kira dari negara kita atau negara lain yang boleh menggantik­an tempat Chong Wei kerana undian sudah pun dijalankan,” katanya.

 ??  ?? Iskandar Zulkarnain Zainuddin
Iskandar Zulkarnain Zainuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia