Berita Harian

‘Iskandar layak jadi pengganti’

-

Kuala Lumpur: Legenda badminton negara, Rashid Sidek menyifatka­n Iskandar Zulkarnain Zainuddin calon paling layak menggantik­an tempat Datuk Lee Chong Wei yang terpaksa digugurkan daripada skuad badminton ke Sukan Asia 2018 berdasarka­n pengalaman dimiliki pemain itu.

Persatuan Badminton Ma

(BAM) kelmarin mengesahka­n menarik penyertaan Chong Wei ke Kejohanan Dunia di Nanjing, China bermula Isnin ini dan Sukan Asia di Jakarta, Indonesia dari 19 hingga 29 Ogos selepas disahkan mengalami masalah pernafasan yang menyaksika­n dia perlu berehat sebulan.

Rashid yang juga bekas ketua jurulatih perseorang­an negara, berkata ia juga peluang buat BAM menilai semula prestasi Iskandar selepas pemain berusia 27 tahun itu digugurkan sebelum ini akibat merokok.

Nama Iskandar pada awalnya disenaraik­an untuk ke Jakarta sebelum digantikan dengan Soong Joo Ven selepas ditangkap merokok ketika saingan Piala Thomas di Bangkok, Mei lalu dan perlu menjalani proses pemulihan daripada tabiat tidak sihat itu.

“Pada pandangan saya, Iskandar calon paling layak berdasarka­n pengalaman dimilikiny­a. Lagipun, dia sudah beberapa kali beraksi dalam kejohanan besar termasuk Piala Thomas dan Sukan Asia. Itu pastinya membuatkan lebih mudah untuk dia menyesuaik­an diri dan mengawal tekanan.

“Kalau diberi peluang beraksi, Iskandar perlu memanfaatk­an peluang itu sebaik mungkin. Buktikan kepada BAM yang dia masih terbaik dalam kalangan pemain negara dan sudah sedar dengan kesilapan (merokok) dilakukann­ya sebelum ini,” kata Rashid semalam.

Ada pengalaman

Terdahulu, Setiausaha Kehormat BAM, Datuk Ng Chin Chai memaklumka­n badan induk itu hanya boleh menamakan pengganti Chong Wei berdasarka­n senarai yang dihantar kepada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini yang menyaksika­n persaingan antara Iskandar, Lim Chi Wing dan Tan Jia Wei.

Skuad badminton akan mengambil bahagian dalam acara berpasukan dan individu di Jakarta dengan sasaran menyamai pencapaian empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan yang menyaksika­n Malaysia memenangi pingat gangsa berpasukan dan perseorang­an lelaki menerusi Chong Wei.

“Jika BAM memutuskan untuk menghantar pasukan kali ini dengan tujuan pendedahan, jadi saya fikir Jia Wei perlu diberi peluang kerana dia masih muda dan mempamerka­n prestasi yang baik dalam beberapa kejohanan sebelum ini.

“Namun, jika mahu pasukan yang mampu memberi cabaran, Iskandar perlu ada kerana dia ada pengalaman yang boleh membimbing perseorang­an lelaki yang lain,” kata Rashid.

Pemain perseorang­an lelaki yang sudah disenaraik­an ialah Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan Ven selain beregu, Goh V ShemTan Wee Kiong, Teo Ee Yi-ong Yew Sin serta Chan Peng SoonGoh Soon Huat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia