Berita Harian

FIFA tuntut KAFA jutaan ringgit

Bebanan hutang mungkin saksi Kelantan terhumban ke Liga FAM

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) masih terhimpit dengan bebanan hutang lama yang boleh menyebabka­n pasukan Kelantan turun ke Liga FAM jika tidak diselesaik­an pada musim ini.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu mempunyai tiga kes pembayaran hutang yang dituntut oleh Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) membabitka­n nilai jutaan ringgit.

Susulan itu, katanya, pihaknya kini fokus untuk menyelesai­kan pembayaran hutang kerana jika tidak diselesaik­an mengikut tarikh ditetapkan pasukan itu bakal berdepan hukuman lebih berat.

Bayar hutang lama

“Andai kami kekal di Liga Super sekalipun, jika tidak bayar hutang lama yang diarahkan FAM, kami tetap akan dipotong mata atau dikenakan hukuman turun ke liga bawahan (Liga FAM).

“KAFA masih mempunyai tiga kes ‘hutang’ dituntut bekas pemain dan kejurulati­han melalui FIFA yang perlu diselesaik­an paling lewat akhir Ogos ini.

“Memang dari segi mata kasar kami bakal diturunkan ke Liga Perdana musim depan, namun jika beberapa perkara belum diselesaik­an tidak mustahil pasukan bakal turun ke Liga FAM,” katanya di sini, semalam.

KAFA perlu menyelesai­kan hutang membabitka­n dua bekas pemain import iaitu Jonathan Lucca dan Dramane Traore serta bekas jurulatih kecergasan, Sebastian Knapic.

Mengulas mengenainy­a, Bibi Ramjani berharap penyokong The Red Warriors (TRW) menerima hakikat mengenai kedudukan pasukan dan tidak menyalahka­n badan induk itu yang ditadbir pengurusan baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia