Berita Harian

Angela, Wei Tze tawan kolam renang

-

Melaka: Atlet renang Universiti Putra Malaysia (UPM), Angela Chieng Chu menggondol empat pingat emas dan satu perak pada aksi pembuka tirai Festival Sukan Pendidikan Tinggi (HESF) 2018, di sini, semalam.

Olahragawa­ti Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2018 berusia 20 tahun itu menawan kolam renang di Pusat Akuatik Hang Jebat dengan mengunggul­i semua acara kegemarann­ya disiplin kuak dada 100 dan 200 meter (m) wanita terbuka.

Perenang Universiti Taylor, Foong Wei Tze turut menyerlah dengan meraih tiga emas menerusi acara 50, 100 dan 200m kuak dada lelaki terbuka dalam temasya di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) itu.

Julung kali

Buat julung kali diperkenal­kan oleh Bahagian Sukan, Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), HESF 2018 menjadi medan terbaru persiapan atlit institusi pengajian tinggi (IPT) memburu slot beraksi di Sukan Universiti ASEAN (AUG) Myanmar, Disember ini.

Dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pembanguna­n kementeria­n, Mohamad Azhan Md Amir semalam, temasya menawarkan 75 pingat emas menerusi lima acara sukan iaitu golf, olahraga, petanque, ping pong dan renang serta membabitka­n 526 atlet daripada 31 kontinjen.

Ketua Sekretaria­t HESF, Mohd Izwan Khairuddin berkata temasya ini adalah kesinambun­gan daripada SUKIPT dengan program sukan di bawah kalendar Majlis Sukan Universiti Malaysia tetap berjalan seperti dirancang.

“HESF 2018 menjadi landasan terbaik serta pentas pencarian dan pemilihan atlet IPT terutama bagi menghadapi AUG Myanmar 2018,” katanya dengan temasya itu akan menjadi projek perintis penjenamaa­n baru program sukan IPT dan jika mendapat sambutan, ia berkemungk­inan akan diperbesar­kan.

 ??  ?? Angela (tengah) meraih empat pingat emas dan satu perak pada aksi pembuka tirai HESF di Melaka, semalam.
Angela (tengah) meraih empat pingat emas dan satu perak pada aksi pembuka tirai HESF di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia