Berita Harian

Kita berdepan laluan berliku

Undian tambahan saksi UAE, skuad bola sepak negara huni Kumpulan E

- Oleh Zulfaizan Mansor

Malaysia bakal berdepan laluan lebih berliku dalam acara bola sepak di Sukan Asia Jakartapal­embang bulan depan apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) turut diundi bersama dalam Kumpulan E.

Keputusan itu diperoleh hasil undian tambahan yang hanya membabitka­n dua pasukan iaitu Palestin dan UAE di Bukit Jalil, dekat sini, semalam.

Selain Malaysia dan UAE, Kumpulan E turut dihuni Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain, manakala Palestin diundi dalam Kumpulan A bersama Indonesia, Hong Kong, Laos dan Taiwan.

Menerusi penambahan itu, pasukan yang berada dalam dua kumpulan itu akan mengharung­i satu perlawanan tambahan berbanding Kumpulan B, C, D dan F yang hanya dihuni empat pasukan.

Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Ratu Tisha Destria mengesahka­n acara bola sepak juga akan bermula lebih awal iaitu 10 Ogos berbanding jadual asal 14 Ogos.

“Kita sekarang perlu memulakan acara bola sepak pada 10 Ogos bagi aksi dua kumpulan ini. PSSI dan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bukan penganjur dan kami hanya menguruska­n aspek teknikal.

“Segala keputusan berkenaan undian tambahan dan formatnya adalah daripada Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankua­sa Penganjura­n Sukan Asia Indonesia (INASGOC).

Keadaan sukar

“Ia satu keadaan yang sukar buat Indonesia dan Malaysia, tapi kita perlu hadapinya. Jadi, saya ucap selamat berjaya buat kedua-dua pasukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas proses undian, semalam.

Undian tambahan dilakukan selepas Palestin dan UAE dikatakan tercicir ketika undian pertama pada 5 Julai lalu walaupun sudah mengesahka­n penyertaan sebelum tarikh tutup.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John tidak menolak kemungkina­n berlaku masalah komunikasi yang menyebabka­n dua pasukan berkenaan tercicir pada undian pertama.

“Selepas undian pertama membabitka­n 24 pasukan, terdapat bantahan daripada UAE dan Palestin apabila nama pasukan mereka tiada,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia