Berita Harian

Yusoff positif B-23 lakar kejutan

-

Kuala Lumpur: Kehadiran Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam Kumpulan E bagi acara bola sepak Sukan Asia Jakarta-palembang merencatka­n persiapan terakhir skuad bawah 23 (B-23) negara ke temasya itu.

Apa tidaknya, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa membatalka­n aksi persahabat­an berdepan skuad B-23 Arab Saudi yang dijadualka­n pada 9 Ogos ini susulan berlaku perubahan dalam jadual temasya itu.

Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), semalam mengesahka­n aksi Kumpulan E yang dihuni lima pasukan merangkumi Korea Selatan, Malaysia, UAE, Kyrgyzstan dan Bahrain terpaksa bermula pada 10 Ogos ini berbanding 14 Ogos dalam jadual asal.

Tempoh empat hari

Justeru, Kim Swee menjelaska­n beliau kini hanya memiliki tempoh empat hari latihan dan mengharung­i satu aksi persahabat­an berdepan skuad B-23 China pada 5 Ogos ini sebelum berlepas ke Jakarta pada 8 Ogos.

“Sebab itu, sebelum ini saya minta dilakukan awal jika ada undian semula, tapi apa boleh buat dan kami terpaksa terima.

“Memang di atas kertas Korea Selatan dan UAE adalah pasukan pilihan, tapi kami akan cuba yang terbaik. Ini satu cabaran besar buat semua pemain,” katanya semalam.

Sesi undian tambahan membabitka­n UAE dan Palestin terpaksa dilakukan, di sini, semalam selepas dua nama negara itu tercicir dalam undian pertama pada 5 Julai lalu.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi menegaskan betapa tidak mustahil untuk anak buah Kim Swee melakar kejutan walaupun berdepan laluan penuh berliku.

“Kita terpaksa terima, anggap ini satu peluang dapat beraksi dengan pasukan terbaik. Sudah tentu kita nak dedahkan pemain dengan pasukan terbaik, barulah kita jadi pasukan lebih baik pada masa akan datang.

“Ketika pergi ke China (Kejohanan AFC) pun, kita pasukan yang tak diberi harapan, tapi akhirnya kita berjaya masuk ke suku akhir sebelum kalah kepada Korea Selatan. Itu pun kalah tipis.

“Semangat China perlu dibawa oleh pasukan ini untuk menunjukka­n yang kita bukan pasukan belasahan dan tidak mustahil untuk kita melakar kejutan di Sukan Asia nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia