Berita Harian

PM LAWAT CHINA

Misi raih janji niaga lebih baik

-

Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghentik­an kontrak berbilion-bilion dolar membabitka­n China adalah usahanya untuk berunding semula dengan negara itu.

Beliau akan ke China bulan depan untuk membincang­kan projek itu dan cuba memenangi janji niaga yang dikatakann­ya akan lebih memihak kepada negara ini.

China terbabit dalam projek infrastruk­tur yang sedang dijalankan bernilai AS$34 bilion (RM138 bilion) di Malaysia yang diperoleh di bawah kerajaan terdahulu pimpinan Datuk Seri Najib Razak, janji niaga yang disifatkan Perdana Menteri sebagai lebih menguntung­kan pelabur China berbanding ekonomi Malaysia.

Antara kebimbanga­nnya ialah sejumlah wang besar dipinjam kerajaan daripada China dan kontraktor yang menggunaka­n peralatan serta buruh dari negara itu.

Awal bulan ini, kerajaan menggantun­g projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), yang dibina oleh China Communicat­ions Constructi­on Co dengan anggaran kos RM81 bilion. Dua projek saluran paip tenaga juga dihentikan.

Langkah Dr Mahathir itu dibuat dengan latar belakang kebimbanga­n yang semakin meningkat di Asia Tenggara berhubung peluasan pengaruh China di rantau ini.

Inisiatif Jalur & Jalan

Inisiatif Jalur & Jalan berbilion dolar China untuk membina jalan, laluan kereta api dan pelabuhan mencetuska­n kebimbanga­n beban hutang melambung di negara miskin seperti Myanmar dan Laos. Tindakan China di Laut China Selatan turut menjadi sumber ketegangan.

Malaysia antara negara yang meraih manfaat terbesar pelaburan China dalam tempoh 15 tahun pentadbira­n terdahulu dan ketika Dr Mahathir sebagai pemimpin, manakala hubungan ekonomi kedua-dua negara daripada perdaganga­n hingga kepada pelanconga­n terus mengukuh.

“Kami menjangkak­an sedikit kesan negatif ke atas hubungan masa depan pelaburan berkaitan China di Malaysia susulan pendirian nasionalis Dr Mahathir berhubung pelaburan,” kata Ketua Risiko Negara Asia Pasifik BMI Research, Chua Han Teng.

“Bagaimanap­un, kami menjangkak­an satu kompromi bagi mengimbang­i kesannya, dengan Malaysia tidak mahu mengorbank­an rakan perdaganga­n penting dan China berkemungk­inan mengutamak­an cita-cita Inisiatif Jalur & Jalan, yang mana projek di Malaysia memainkan peranan penting,” katanya.

Ringkasan perkembang­an hubungan ekonomi China dengan Malaysia sejak beberapa tahun kebelakang­an ini:

1. Perdaganga­n

Malaysia adalah rakan dagangan terbesar China di Asia Tenggara selepas Vietnam, dengan jumlah dagangan AS$92.4 bilion (RM374 bilion) tahun lalu. Pada 2003, apabila Dr Mahathir mengakhiri tempoh pertama sebagai Perdana Menteri, angka itu satu perempat daripada angka itu.

Malaysia adalah antara beberapa ekonomi di Asia Tenggara memiliki lebihan dagangan dengan China, mengekspor­t pelbagai daripada elektronik dan minyak sawit kepada gas petroleum cecair.

2. Pelaburan

Data rasmi menunjukka­n pelaburan langsung asing (FDI) China di Malaysia meningkat lebih 700 peratus sejak sedekad lalu kepada RM9.9 bilion tahun lalu, peningka- tan jauh lebih besar berbanding negara lain.

Aliran masuk itu menimbulka­n kebimbanga­n dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung kedaulatan, rasa terhutang budi dan risiko mewujudkan projek gajah putih.

3. Pelanconga­n

Pelancong China adalah ketiga terbesar melawat Malaysia selepas Singapura dan Indonesia, terpikat dengan pantai berpasir, persamaan budaya di negara yang mana suku daripadany­a pendudukny­a berbangsa Cina dan mereka menyukai buah durian.

Pertumbuha­n itu menyokong industri pelanconga­n yang kini menyumbang sekitar 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

4. Imigresen

Warga China adalah kumpulan terbesar terbabit dalam program ‘Malaysia My Second Home’, yang membenarka­n rakyat asing berada tinggal di negara Asia Tenggara menggunaka­n visa jangka panjang.

Warga China mewakili hampir 30 peratus pemohon berjaya sejak program itu diperkenal­kan pada 2002.

5. Hartanah

Peningkata­n migrasi rakyat China membantu meningkatk­an permintaan hartanah di Malaysia, terutama di Johor Bahru, yang bersempada­n dengan Singapura, dan Pulau Pinang dan Melaka, demikian menurut Knight Frank LLP.

Bagi pelabur China, Malaysia adalah alternatif lebih murah kepada pasaran hartanah di Australia, Hong Kong dan Singapura. Faktor menarik lain ialah kos mendapatka­n hartanah lebih murah di Malaysia selain hubungan budaya yang menjadikan makanan dan bahasa mudah bagi pembeli China.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sekitar Bentong yang dibina China Communicat­ions Constructi­on Co.
[ FOTO HIASAN ] Tapak pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sekitar Bentong yang dibina China Communicat­ions Constructi­on Co.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia