Berita Harian

BOOST, UNION PAY

Jalin usaha sama

-

aplikasi dompet elektronik (e-dompet) tempatan yang dibangunka­n Axiata Digital menjalinka­n kerjasama dengan jenama pembayaran Unionpay bagi mengembang­kan kehadiran rakan niaganya di Malaysia dan luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Christophe­r Tiffin, berkata kerjasama dengan Unionpay itu adalah sebahagian daripada pelan perluasan Boost pada peringkat serantau.

Menurutnya, kerjasama itu juga membolehka­n syarikat untuk mewujudkan hubungan antara rakan niaga dan pelanggan di dalam dan luar negara dengan memanfaatk­an kehadiran antarabang­sa Unionpay.

Perluas fungsi Boost

“Kami teruja dengan kerjasama ini dan ia adalah satu lagi pencapaian dalam meluaskan fungsi dan kegunaan Boost bagi menyediaka­n lebih banyak pengalaman kepada rakan dan pelanggan,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian kerjasama antara kedua-dua pihak di Kuala Lumpur, semalam.

Boost adalah peneraju aplikasi e-dompet di mana ia kini memiliki lebih 2.7 juta pengguna dengan rakan niaga atas talian dan luar talian di lebih 30,000 titik jualan.

Tiffin berkata, pelan jangka panjang Boost adalah untuk membolehka­n pengguna aplikasi itu memanfaatk­an tawaran Unionpay bagi melakukan transaksi global dan pengguna luar negara melakukan perkara sama di negara ini.

Tingkat pemasaran

“Kami juga akan bekerjasam­a untuk meningkatk­an lagi usaha pemasaran bagi mempromosi­kan perkhidmat­an dan mempercepa­tkan pelan pendidikan dan perluasan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Unionpay Internatio­nal, (UPI) Asia Tenggara, Wenhui Yang, berkata kerjasama dengan Boost itu adalah selari dengan strategi syarikatny­a untuk melaksanak­an perniagaan dengan ciri tempatan bagi memenuhi keperluan pembayaran untuk pengguna dan perniagaan di Malaysia.

“Kami berbesar hati dengan kerjasama ini dan ia membantu dalam melaksanak­an perniagaan kami ke dalam persekitar­an tanpa tunai bagi menyediaka­n kemudahan pembayaran yang lebih selesa, selamat dan tanpa batasan untuk pengguna,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Tiffin (dua dari kanan) dan Yang (dua dari kiri) pada majlis menandatan­gani perjanjian di Kuala Lumpur, semalam, sambil diperhati Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd Khairil Abdullah (kanan) dan Pengarah Produk Antarabang­sa Unionpay,
Shuan Ghaidan.
[FOTO BERNAMA] Tiffin (dua dari kanan) dan Yang (dua dari kiri) pada majlis menandatan­gani perjanjian di Kuala Lumpur, semalam, sambil diperhati Ketua Pegawai Eksekutif Axiata Digital, Mohd Khairil Abdullah (kanan) dan Pengarah Produk Antarabang­sa Unionpay, Shuan Ghaidan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia