Berita Harian

Tinggi hari ketiga berturut-turut

Indeks FBM KCLI ditutup 1,763.78

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi untuk hari ketiga berturut-turut semalam, seiring dengan pasaran serantau lain selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh, kata peniaga.

Pada jam 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup 0.85 mata lebih tinggi kepada 1,763.78 daripada 1,762.93 sewaktu ditutup pada Selasa.

Ia juga berlegar antara 1,760.77 dan 1,766.05 sepanjang dagangan semalam selepas dibuka susut 1.98 mata kepada 1,760.95.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 543 berbanding 387 dengan 430 kaunter tidak berubah, 570 tidak didagangka­n manakala 28 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.75 bilion unit bernilai RM2.70 bilion daripada 3.34 bilion unit bernilai RM2.68 bilion.

Peniaga berkata, saham Asia menjejaki keuntungan diraih Wall Street yang memaparkan sentimen optimis berikutan kenaikan kukuh saham syarikat teknologi dan berasaskan penjagaan kesihatan yang mendorong peningkata­n indeks utama itu.

“Laporan media mengenai tindakan kerajaan China melaksanak­an langkah bagi merangsang pertumbuha­n termasuk perbelanja­an infrastruk­tur dan pemotongan cukai, ternyata turut membantu memulihkan sentimen positif di pasaran,” katanya.

Bursa Malaysia menyaksika­n dagangan aktif khususnya membabitka­n sektor perdaganga­n, perkhidmat­an dan kewangan yang didahului oleh Tenaga, Petronas Dagangan, Maybank dan CIMB.

Di pasaran serantau pula, Nikkei menokok 0.46 peratus kepada 22,614.25, Indeks Straits Times Singapura naik 1.10 peratus kepada 3,328.96, Indeks Hang Seng Hong Kong menambah 0.90 peratus kepada 28,920.90 namun Kospi Korea Selatan susut 0.31 peratus kepada 2,273.03.

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank untung empat sen kepada RM9.81, Public Bank naik dua sen kepada RM24.0, Tenaga untung 10 sen kepada RM14.88, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM8.81 manakala CIMB meningkat tiga sen kepada RM5.89.

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik 3.5 sen kepada 62 sen, Velesto menambah 1.5 sen kepada 30.5 sen, Sumatec Resources menokok setengah sen kepada 4.5 sen manakala MRCB susut setengah sen kepada 77.5 sen.

Kaunter paling untung adalah Petronas Dagangan yang meraih 54 sen kepada RM26.84, United Plantation naik 58 sen kepada RM27.0 manakala Panasonic Manufactur­ing meningkat 44 sen kepada RM37.58.

Indeks FBM Emas pula mencatat 10.44 mata lebih tinggi kepada 12,544.27, Indeks FBMT 100 naik 5.39 mata kepada 12,316.62, the FBM 70 menambah 4.93 mata kepada 15,532.34 dan Indeks FBM Ace meningkat 39.97 mata kepada 5,522.35.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan menambah 49.74 mata kepada 17,398.49, Indeks Perusahaan naik 1.34 mata kepada 3,238.23 namun Indeks Perladanga­n susut 26.62 mata kepada 7,541.96.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.57 bilion saham bernilai RM2.37 bilion berbanding 2.19 bilion saham bernilai RM2.30 bilion pada Selasa.

Jumlah waran juga lebih tinggi kepada 701.50 juta unit bernilai RM207.65 juta berbanding 510.66 juta unit bernilai RM136.45 juta pada Selasa.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan turun kepada 482.72 juta saham bernilai RM122.96 juta daripada 647.17 juta saham bernilai RM250.31 juta, kelmarin.

Barangan pengguna menyumbang 125.84 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (495.15 juta), pembinaan (294.08 juta), perdaganga­n dan perkhidmat­an (1.05 bilion), teknologi (221.26 juta), infrastruk­tur (18.88 juta), SPAC (812,800), kewangan (94.47 juta), hotel (9.16 juta), hartanah (226.19 juta), perladanga­n (28.28 juta), perlombong­an (32,700), REIT (3.96 juta) dan dana tertutup (9,200).

Saham Asia menjejaki keuntungan diraih Wall Street yang memaparkan sentimen optimis berikutan kenaikan kukuh saham syarikat teknologi dan berasaskan penjagaan kesihatan yang mendorong peningkata­n indeks utama itu” Peniaga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia