Berita Harian

Kerajaan Sabah cari penempatan sementara

Mangsa ditempatka­n di pusat pemindahan sempit, tak selesa

- Oleh Junaidi Ladjana

Kerajaan negeri dalam usaha mengenal pasti penempatan sementara yang sesuai untuk mangsa kebakaran kawasan setinggan di Kampung Cenderamat­a 2, Likas di sini, kelmarin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata lebih 700 mangsa yang terjejas dan semua mereka kini ditempatka­n di pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Likas di sini.

“Hasil semakan, sebanyak 600 mangsa adalah rakyat tempatan, manakala enam mangsa membabitka­n warga asing dan semua mangsa ini akan dipindahka­n di beberapa lokasi yang lebih selesa.

“Ini kerana, dewan dihuni mangsa kebakaran agak sempit dan kita sudah kenal pasti beberapa tempat untuk keselesaan mereka (mangsa),” katanya ketika melawat mangsa di Dewan Serbaguna Likas, semalam.

Lawat lokasi

Terdahulu beliau turut meluangkan masa melawat lokasi kebakaran. Yang hadir sama, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri, Stephen Wong Tie Fatt.

Mohd Shafie berkata, keselamata­n dan kesihatan mangsa kebakaran juga diambil perhatian untuk memastikan kanak-kanak dan warga tua dalam keadaan selesa dan tidak terdedah kepada sebarang jangkitan penyakit.

“Bagi bantuan makanan seharian, kita akan uruskan untuk pastikan keadaan ini dapat diatasi dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri akan mencari penyelesai­an jangka panjang berhubung isu setinggan di negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya cuba mengambil langkah tertentu bagi menyelesai­kan isu itu, namun perlu memperinci­kan perkara berkenaan terlebih dahulu untuk langkah penyelesai­an terbaik.

“Kita tidak mahu semakin ramai penduduk tempatan tinggal di kawasan setinggan dan masalah ini Ketua Menteri Sabah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia