Berita Harian

Laluan ekspres dijangka mampu atasi kesesakan

-

Kota Samarahan: Masalah kesesakan lalu lintas di antara Kuching dan daerah ini dijangka diatasi dengan cadangan pembinaan laluan ekspres bagi menghubung­kan dua kawasan terbabit.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata kerajaan negeri memahami kesulitan pengguna jalan raya di kawasan terbabit yang kerap mengalami kesesakan yang teruk, terutama pada waktu puncak.

Justeru, beliau akan mengadakan perbincang­an dengan beberapa pihak, khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mencari kaedah tangani masalah itu.

“Salah satu kaedah yang dicadangka­n ialah dengan membina ‘express way’, selain menyediaka­n pengangkut­an awam lebih baik,” katanya berucap pada Majlis Gawai Raya dan Sambutan Hari Kemerdekaa­n Sarawak Peringkat Bahagian Samarahan di Kota Samarahan, Isnin lalu.

Kesesakan makin serius

Abang Johari berkata, walaupun Kuching dan Kota Samarahan mempunyai dua laluan penghubung, iaitu melalui Tabuan dan juga Kota Sentosa, masalah kesesakan serius berikutan pembanguna­n semakin pesat.

Pada majlis sama, Abang Johari mengumumka­n peruntukan RM1.2 juta untuk membangunk­an pusat perniagaan bagi menempatka­n penjaja yang dipindahka­n dari pangkalan feri Kota Samarahan.

Katanya, ia adalah langkah membantu penjaja terbabit yang terjejas berikutan pembinaan Jambatan Batang Samarahan dan Jambatan Batang Sadong.

“Jabatan Tanah dan Survei mengenal pasti tapak sesuai membangunk­an tempat berniaga bagi penjaja di pangkalan feri yang dipindahka­n bagi memastikan mereka terus menjana pendapatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia