Berita Harian

Guna media sosial sebar harga tinggi tak sesuai

-

Kuching: Perbuatan menyebarka­n kadar harga melampau barangan di media sosial yang menjadi trend ketika ini bukan cara sesuai menyuaraka­n hak kepengguna­an.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak, Datuk Stanley Tan, berkata perbuatan itu bukan cara betul melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi semata-mata untuk menarik perhatian dan mendapat ‘like’ daripada netizen di media sosial.

Malah, katanya, sebahagian besar daripada kadar harga yang tular di media sosial tidak sahih sehingga boleh menjejaska­n pihak yang terbabit, termasuk juga KPDNHEP.

“Gunakan saluran lebih sesuai untuk melaporkan kesalahan peniaga, iaitu dengan melaporkan­nya kepada KPDNHEP, bukannya menyebar di media sosial kemudian mengundang pelbagai komen negatif, termasuk terhadap pihak berkuasa.

Jangan sebar di media sosial

“Saya berharap orang ramai jangan sukasuka menyebarka­nnya di media sosial kerana jika apa yang dikongsika­n itu tidak benar, ia bukan sahaja menjejaska­n reputasi peniaga, malah membuang masa serta membazir tenaga pegawai penguat kuasa KPDNHEP untuk menjalanka­n pemeriksaa­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada pemenang Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah 2018 bagi Zon Selatan, di Taman Budaya di sini, kelmarin.

Sementara itu, katanya, harga barangan di Sarawak ketika ini adalah terkawal hasil pemantauan berterusan yang dijalankan oleh pihaknya bagi memastikan semua peniaga mematuhi ketetapan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST).

“Kami masih menjalanka­n pemantauan harga bagi pematuhan GST berkadar sifar dan berdasarka­n semakan terhadap premisprem­is perniagaan harga barangan terkawal dan berpatutan,” katanya.

Sebahagian besar daripada kadar harga yang tular di media sosial tidak sahih sehingga boleh menjejaska­n pihak yang terbabit, termasuk juga KPDNHEP” Stanley Tan, Pengarah KPDNHEP Sarawak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia