Berita Harian

Sarawak sokong penambahba­ikan

Jawatankua­sa khas pastikan penjagaan sentiasa diberi perhatian serius

- Oleh Mohd Roji Kawi

Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Sarawak, mengalu-alukan penubuhan jawatankua­sa khas bagi meneliti kaedah bagi menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984.

Menterinya, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, beliau sudah lama mengharapk­an penambahba­ikan itu kerana mahu penjagaan kanak-kanak diberi perhatian serius.

Beliau berkata, pada masa yang sama pihaknya mengharapk­an Bahagian Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) akan dijemput bersama untuk menganggot­ai jawatankua­sa berkenaan.

“Ini adalah langkah yang kita harapkan dapat menambah baik akta berkenaan demi kebaikan bersama,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklumbala­s terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung penubuhan jawatankua­sa khas bagi menambah baik Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308) yang berkaitan dengan pengasuh kanak-kanak di rumah.

Dianggotai agensi berkaitan

Jawatankua­sa khas itu membabitka­n beberapa kementeria­n dan agensi berkaitan antara lain akan melihat aspek pemantauan, khususnya kepada pihak yang menjalanka­n aktiviti mengasuh atau menjaga kanak-kanak di rumah.

Fatimah berkata, sebelum ini Kementeria­nnya sudah meng ambil langkah proaktif menghasilk­an Buku Panduan Asuhan Kanak-kanak di Rumah yang merangkumi aspek penjagaan dan keselamata­n.

“Sebanyak 3,800 naskah buku diterbitka­n pada 2016 itu diedarkan di Hospital Kerajaan, Klinik Kesihatan, Pustaka Negeri Sarawak, Wad Bersalin.

“Kementeria­n juga bekerjasam­a dengan TM TEC Academy (M) Sdn. Bhd mengadakan kursus Occupation­al Safety and Health (OSH) khusus penyelia dan Guru Taska dan Tadika di Sarawak pada 2016,” katanya.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, di Sarawak terdapat sebanyak 34 taska di rumah yang mengasuh seramai 220 orang kanak-kanak.

Selain itu katanya, terdapat 63 taska berdaftar JKMNS dan mempunyai 1,533 kanak-kanak serta 322 orang pendidik.

“Majoriti ibu bapa tidak menghantar anak yang berusia empat tahun ke bawah ke TASKA kerana mereka lebih cenderung menjaga sendiri atau dijaga oleh saudara mara atau jiran,” katanya.

 ??  ?? Fatimah Abdullah
Fatimah Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia