Berita Harian

Lelaki disyaki bunuh ibu ditahan

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membunuh ibunya yang berusia 91 tahun di sebuah rumah di Flat Kepayan Ridge, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, suspek berusia 40-an mendakwa menemui ibunya dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri di atas katil sebaik pulang ke rumah.

Lelaki terbabit juga mendakwa menemui kain pada leher ibunya yang dijadikan tali, kononnya dipercayai bagi membunuh diri.

Susulan itu, suspek yang juga anak bongsu mangsa meminta bantuan kakak iparnya untuk menghantar ibunya ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) menggunaka­n kenderaan jiran.

Bagaimanap­un, doktor mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia dan suspek kemudian membuat laporan polis pada hari yang sama.

Menurut sumber, hasil bedah siasat ke atas mangsa semalam mendapati punca kematian dipercayai akibat kesan daripada tekanan kuat pada leher dan bukan disebabkan bunuh diri.

Suspek ditahan

“Berikutan itu, suspek ditahan semalam (kelmarin) untuk membantu siasatan,” katanya.

Sumber berkata, suspek belum berkahwin dan hanya tinggal berdua bersama ibunya di rumah berkenaan, manakala mangsa yang dijaga suspek sejak sembilan tahun lalu dikatakan menghidap pelbagai penyakit. “Mangsa dikatakan sering memarahi suspek (anak) kerana tertekan dengan penyakit dialaminya dan suspek pula dipercayai tertekan menjaga ibunya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dikatakan sering memarahi suspek (anak) kerana tertekan dengan penyakit dialaminya dan suspek pula dipercayai tertekan menjaga ibunya,” Sumber

 ?? [FOTO JUNAIDI LADJANA /BH] ?? Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian di Flat Kepayan Ridge, Kota Kinabalu .
[FOTO JUNAIDI LADJANA /BH] Anggota polis melakukan siasatan di lokasi kejadian di Flat Kepayan Ridge, Kota Kinabalu .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia