Berita Harian

Buaya naik ke darat cuba baham ayam

-

Tuaran: Penduduk Kampung Serusup, di sini gempar apabila seekor buaya naik ke kawasan darat dari tepi laut dipercayai mahu membaham ayam peliharaan kirakira jam 9 malam kelmarin.

Buaya dianggarka­n tiga meter itu juga semakin bertindak agresif selepas menyedari kehadiran lebih 50 penduduk termasuk penduduk Kampung Tajau yang datang melihat reptilia berkenaan.

Saksi kejadian mahu dikenali Azrah, 23, berkata reptilia itu mula disedari penduduk sejak Jumaat lalu di perairan laut namun ia kali pertama naik ke kawasan darat semalam.

“Beberapa ekor ayam peliharaan yang berkeliara­n di tepi laut (berhampira­n rumah) mungkin menarik perhatian buaya itu sehingga dilihat menghampir­i ayam dan cuba membahamny­a namun gagal sebaik menyedari kehadiran penduduk.

“Sementara menunggu pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba, buaya itu kembali ke laut sebelum tenggelam dan hilang,” katanya ditemui NSTP.

Menurut Azrah yang juga anggota APM, penduduk kini risau dan dalam keadaan sentiasa berwaspada memandangk­an jeti berhampira­n digunakan untuk berulangal­ik ke Kampung Penimbawaa­n menggunaka­n bot.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran, Paulina Francis berkata, pihaknya mendapat panggilan berhubung kejadian jam 9.11 malam.

Beliau berkata, penduduk memaklumka­n kejadian itu adalah kali ketiga ia dilihat sejak Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia