Berita Harian

Wanita merangkak sebelum terjun sungai elak terbakar

Anak cerita detik cemas ibu terselamat dalam kebakaran

- Oleh Junaidi Ladjana

“Ibu memberitah­u, beliau terpaksa merangkak ke dapur sebelum terjun ke sungai kerana api mulai merebak.

“Ibu juga memaklumka­n terpaksa berendam di dalam sungai dalam keadaan badan dan kakinya melecur sebelum diselamatk­an orang awam dengan bot.”

Itu diceritaka­n Azizah Abd Hamid, 31, mengenai ibunya, Emma Mangkabong, 60, seorang wanita warga emas yang melecur di belakang badan dan kedua-dua kakinya, tetapi berjaya diselamatk­an ketika kebakaran di Kampung Cenderamat­a 2, Likas di sini, kelmarin.

Azizah berkata, ketika kejadian dia di Klinik Kesihatan Likas untuk menerima rawatan dan menyedari kebakaran itu apabila menerima panggilan telefon daripada sepupu.

“Tanpa berlengah, saya terus memecut menaiki motosikal kerana bimbang keselamata­n ibu (Emma) yang berseorang­an di rumah, selain sukar untuk bergerak kerana mengalami penyakit darah tinggi.

“Ketika tiba, rumah mula dimamah api. Saya tidak mampu berbuat apa-apa hanya menjerit meminta tolong menyelamat­kan ibu saya,” katanya di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Likas di sini, semalam.

Maklum ibu selamat

Azizah berkata, tidak lama selepas itu, sepupunya memaklumka­n ibunya selamat dan berada di rumahnya.

“Sebaik dimaklumka­n ibu selamat, saya terus bergegas menemui ibu sebelum beliau dihantar ke hospital (Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas) untuk rawatan lanjut.

“Semua harta benda dan kelengkapa­n rumah musnah dan tiada apa yang dapat diselamatk­an.

“Ketika kebakaran, ibu seorang diri di rumah, manakala suami dan beradik yang lain bekerja. Kini yang tinggal hanya pakaian yang kami pakai,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi wanita warga emas, Jumliah Suban, 60, berkata dia terpaksa berengsot-engsot menggerakk­an dirinya kerana menghidap penyakit kencing manis.

“Ketika itu saya seorang diri di rumah dan terkejut apabila jiran menjerit rumah terbakar.

“Saya sekuat tenaga bergerak ke pintu hadapan 20 meter dan menjerit meminta pertolonga­n sebelum cucu berusia 14 tahun memapah saya keluar ke kawasan selamat,” katanya.

Kelmarin, 150 rumah membabitka­n kawasan setinggan yang didirikan di dalam Kampung Cenderamat­a 2, Likas, musnah dalam kebakaran.

 ?? [FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] ?? Emma bersama anaknya, Azizah (dua dari kiri) ketika ditemui di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas di Kota Kinabalu.
[FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH] Emma bersama anaknya, Azizah (dua dari kiri) ketika ditemui di pusat penempatan sementara di Dewan Serbaguna Kampung Likas di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia